awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari

Bernama
Bernama
04/07/2022
20:04 MYT
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Abang Johari (kanan) menyerahkan logo baharu Lembaga Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) kepada pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husain pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 SEDC di Kuching malam tadi. - Foto BERNAMA
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bakal menjadi sayap penting untuk kerajaan negeri melaksanakan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata ini selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
"Perjalanan menuju tahun 2030 sangat jelas iaitu Sarawak menjadi negeri maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi. Kita kena buat banyak penyelidikan dari sudut mengeluarkan tenaga yang boleh diperbaharui.
"Sarawak amat bertuah kerana kita boleh menghasilkan banyak hidrogen kerana kita mempunyai banyak empangan dan sungai. Ini boleh menjadi sumber yang menghasilkan tenaga mesra alam ini. Saya telah meminta SEDC memainkan peranannya untuk memanfaatkan perkara ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-50 SEDC, di sini, malam tadi.
Pada majlis tersebut, SEDC memperkenalkan logo baharunya yang melambangkan jalan ke hadapan untuk memajukan perniagaan korporat dan usaha sosialnya.
Rekaan logo baharu itu bertujuan untuk menyemai keyakinan dan kepercayaan teguh dalam kalangan pemegang taruh SEDC kerana muncul sebagai salah satu agensi kerajaan utama di Sarawak.
Objektif perbadanan tersebut juga adalah untuk mengesahkan tahap profesionalisme, integriti, tegas dan dinamisme yang boleh dipercayai oleh pelanggan semasa dan masa depan mereka serta rakan kongsi strategik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SEDC
#tenaga hijau
#Abang Johari Openg
#Tenaga Boleh Diperbaharui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan