awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sederet empat buah kedai musnah dijilat api

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/03/2025
00:00 MYT
Sederet empat buah kedai musnah dijilat api
Kebakaran melibatkan empat buah kedai bangunan jenis kekal dengan anggaran kemusnahan lebih 90 peratus. - Foto JBPM
KUBANG PASU: Sederet empat buah kedai menjual barangan plastik di Pekan Jitra di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Amdan berkata, bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 9.13 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam bersama tiga jentera dan sebuah ‘Water Tanker’ dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima dan memaklumkan menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai.
“Setiba di lokasi api sedang merebak dan Komander Operasi melaporkan terdapat bahan plastik dan kotak yang memudahkan api marak dengan pantas.
“Tindakan pemadaman dilakukan dengan dua aliran tiga pancutan sambil dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tunjang.
“Selepas empat jam kerja pemadaman api berjaya dikawal pada jam 1.11 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Abd Fataf berkata, kebakaran melibatkan empat buah kedai bangunan jenis kekal dengan anggaran kemusnahan lebih 90 peratus.
Bagaimanapun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Katanya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kedai
#barangan plastik
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan