awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sederetan rumah kedai lima pintu terbakar

Bernama
Bernama
20/04/2023
01:15 MYT
Sederetan rumah kedai lima pintu terbakar
Menurut bomba, api cepat merebak berikutan keadaan cuaca panas terik dan punca serta kerugian sebenar kejadian masih dalam siasatan. - Foto BERNAMA
PASIR PUTEH: Sederet rumah kedai lima pintu separa kekal di Chabang Tiga, Gaal, di sini, terbakar dalam kejadian pada jam 11.30 pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh, Penolong Penguasa Azhar Elmi Mustofar, berkata kejadian itu melibatkan tiga bangunan iaitu satu rumah kedai tiga pintu, kilang roti dan kedai menjual santan kelapa.
"Kebakaran ini berjaya dikawal pada jam 12.21 tengah hari dan padam sepenuhnya pukul 2.15 petang.
"Kedai runcit terbakar 100 peratus di mana 90 peratus daripada struktur kedai diperbuat daripada kayu, manakala kilang roti hangus 30 peratus serta kedai santan pula terbakar 10 peratus, bahagian selebihnya berjaya diselamatkan oleh kami," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya api cepat merebak berikutan keadaan cuaca panas terik dan punca serta kerugian sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Azhar Elmi berkata operasi tersebut melibatkan tiga Fire Rescue Tender (FRT), satu pam water tanker, satu RRV dengan enam pegawai dan 15 anggota.
Menurutnya sepasukan Bomba dan Penyelamat Jerteh, Terengganu juga turut sama membantu mengawal kebakaran rumah kedai berkenaan daripada merebak.
Sementara itu, seorang mangsa, Wan Mohd Shahrul Wan Ahmad, 40 iaitu pengusaha kedai runcit berkata dia mengalami kerugian sekelip mata sebanyak RM150,000 dalam kebakaran itu.
"Kira-kira RM100,000 berupa barangan runcit dan selebihnya wang tunai yang dijadikan sebagai modal pusingan turut terbakar.
"Barangan runcit ini adalah stok jualan sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi," katanya.
Bagaimanapun, beliau apabila anak lelakinya Wan Rizhan Shah, 5 yang tertidur semasa kejadian turut terselamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah kedai
#rumah kedai terbakar
#Pasir Puteh
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan