KUALA LUMPUR:Mengurangkan berat dengan menggunakan kaedah sedut lemak adalah satu mitos.
Ia lebih kepada prosedur memberi bentuk terutamanya pada bahagian perut, tepi badan, lengan dan tempat lain seperti di dagu, paha dan belakang.
Proses sedutan lemak bukan untuk mengurangkan berat namun lebih kepada membuang lemak yang tidak dapat dikurangkan walaupun sudah melakukan senaman dan diet yang betul.
Pakar Bedah Plastik, Rekonstruktif dan Estetik, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zairizam Zakaria berkata, ia memastikan tiada pengumpulan lemak berlaku selepas individu berkenaan menjalani proses sedutan lemak dan boleh meneruskan amalan gaya hidup sihat seperti sebelumnya.
Jelasnya, mereka yang menjalani prosedur itu juga tidak boleh mempunyai masalah lain seperti kencing manis, sakit jantung, mengambil ubat cair darah dan tidak merokok.
"Saranan kepada masyarakat di luar sana adalah memilih tempat yang sesuai serta memiliki standard keselamatan yang tinggi, iaitu mempunyai sokongan perubatan yang sesuai seperti ICU, pakar bedah serta pakar bius.
"Tidak sesuai dilakukan di bilik-bilik hotel atau tempat-tempat yang tidak mempunyai langsung sokongan perubatan. Pengamal perubatan juga tidak semua mempunyai lesen atau latihan prosedur sedutan lemak ini. Jadi, semak peramal perubatan di laman web National Specialist Register (NSR).
"Perlu ditekankan sekali lagi bahawa liposuction bukan suatu prosedur untuk mengurangkan berat badan tetapi untuk memberi shape kepada bahagian badan tertentu (body contouring)," katanya.
Dalam pada itu kata Dr Zairizam, prosedur sedut lemak menggunakan mesin yang mempunyai kuasa vakum menyedut lemak di bawah kulit untuk pembentukan badan.
"Secara asasnya, prosedur ini dilakukan dengan menggunakan mesin dan cannula (seperti tiub kecil) yang dimasukkan di bawah kulit.
"Risiko prosedur ini juga bergantung kepada berapa lemak yang disedut. Ada yang dipanggil massive liposuction iaitu melebihi satu liter lemak dan ada yang normal liposuction, iaitu lebih selamat iaitu tidak melebihi satu liter daripada lemak di badan kita," jelasnya.
Selain pembentukan badan, Dr Zairizam menjelaskan, fungsi prosedur sedut lemak adalah untuk mengambil lemak di perut atau paha.
"Contohnya di mana pembesaran saiz payudara lelaki yang disebabkan oleh hormon atau ubat-ubatan. Tujuan lain pula adalah lemak itu disuntik untuk membesarkan bahagian payudara dan punggung.
"Kes lain adalah di mana pesakit dilahirkan dengan flat face berbanding dengan di bahagian sebelahnya. Kita boleh suntik lemak tersebut, yang diambil dari paha atau perutnya untuk bagi menyamaratakannya semula.
"Selain itu, kes-kes trauma atau kemalangan di mana menyebabkan sebahagian badan seperti muka atau anggota badan lain berlekuk. Lemak boleh disedut di bahagian lekukan itu bagi disamaratakan semula," katanya.
Sementara itu ujarnya, pesakit boleh koma dan berdepan maut jika melakukan prosedur sedut lemak di pusat kecantikan yang tidak mempunyai sokongan perubatan lain.
"Komplikasi am adalah seperti jangkitan; jangkitan pada luka, pendarahan serta darah beku yang berkumpul di bawah kulit. Untuk komplikasi secara spesifik pula, adalah paling yang ditakuti iaitu ketul-ketul kecil lemak tadi masuk ke dalam saluran darah dan kemudian masuk ke dalam jantung atau paru-paru dan menyebabkan saluran-saluran darah tadi tersumbat disebabkan oleh lemak tadi dan boleh menyebabkan kematian.
"Selain itu, mengenai sedutan-sedutan lemak di bahagian perut dengan menggunakan cannula, dengan tusukan yang kuat, ia boleh menyebabkan tertembusnya kulit atau otot-otot di perut, di mana situasinya boleh membuatkan cannula tersebut menikam atau mencucuk organ dalaman seperti hati, usus dan sebagainya dan boleh menyebabkan salah satu punca kematian.
"Selain itu, kehilangan air yang banyak atau darah yang banyak. Situasi ini membuatkan tekanan darah pesakit itu turun dan boleh membawa kematian. Situasi ini selalunya berlaku apabila terdapat banyak sedutan lemak dilakukan di banyak bahagian dalam satu masa seperti di perut, lengan, peha. Kadangkala berlaku juga apabila prosedur sedut lemak turut dilakukan bersama prosedur lain seperti tummy tuck, breast reduction atau pun breast implant," ujarnya.
Katanya, komplikasi itu menyebakan pesakit kehilangan banyak darah selain tekanan darah menurun jika tidak digantikan dengan betul.
Wan Syamsul Amly
Wed Oct 28 2020
Proses sedutan lemak bukan untuk mengurangkan berat namun lebih kepada membuang lemak yang tidak dapat dikurangkan walaupun sudah melakukan senaman dan diet yang betul. - Freepik
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.