IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran seekor lagi harimau belang di sekitar Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, sejak 11 Feb lepas.
Pengarahnya Yusoff Shariff berkata aduan tersebut dibuat semalam berdasarkan penemuan tapak kaki haiwan buas berkenaan di kawasan kebun milik seorang daripada penduduk kampung terbabit.
"Kita telah pasang kamera perangkap di satu lokasi yang difikirkan menjadi laluan keluar dan masuk harimau berkenaan dari Hutan Simpan Bukit Kinta ke kampung tersebut.
"Kita harap penduduk berwaspada dan jangan sesekali melakukan tindakan provokasi terhadap haiwan berkenaan sekiranya terserempak," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Yusoff berkata haiwan pemangsa berkenaan juga dikategorikan sebagai harimau dewasa dan dianggarkan seberat 120 kilogram (kg).
"Anggaran berat dan usia kita lakukan berdasarkan penemuan tapak kaki namun daripada segi jantina kita belum dapat kenal pasti lagi," katanya.
Pada 10 Feb lepas, seekor harimau belang jantan seberat 156 kilogram yang dinamakan sebagai 'Yop Kuang' telah berjaya ditangkap pihak Perhilitan di kampung berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran seekor lagi harimau belang ke kampung itu semalam telah dilihat oleh seorang penduduk kampung Mohamed Khairi Shafiei, 63, sekitar 7 malam, ketika haiwan pemangsa itu melintasi jalan kira-kira tujuh meter di hadapan keretanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Kuang Hamdan Ishak, 57, berkata perasaan takut kembali menghantui penduduk kampung akibat daripada penemuan tapak kaki haiwan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya beliau telah meminta para penduduk kampung supaya mengehadkan aktiviti terutama di waktu malam.
"Pada asalnya, kami memang rasa lega sangat selepas Perhilitan dapat tangkap 'Yop Kuang' yang mengganggu kami di sini sejak setahun lalu. Tapi tak sangka rupa-rupanya ada lagi seekor.
"Ini menyebabkan perasaan takut datang semula. Jadi, saya harap Perhilitan dapat bertindak untuk pastikan harimau ini dapat ditangkap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Pada 10 Feb lepas, seekor harimau belang jantan seberat 156 kilogram yang dinamakan sebagai 'Yop Kuang' telah ditangkap Perhilitan di kampung berkenaan. - Gambar fail
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut dalam Myvi terkunci
JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam.
Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.