GADGETS
Sega hasrat lancar perkhidmatan langganan permainan video

Perkhidmatan ini dijangka membolehkan SEGA menjana keuntungan lebih tinggi dengan menawarkan langganan tersendiri, berbanding melalui platform lain. -Amanz
SEGA, salah satu syarikat terkemuka dalam arena permainan video, kini dilaporkan sedang pertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka tersendiri.
Ringkasan AI
- Sega sedang mempertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka sendiri, yang akan memposisikan mereka sebagai pesaing kepada Netflix Games, Xbox, dan PlayStation.
- Perkhidmatan ini dijangka membolehkan Sega menjana keuntungan lebih tinggi dengan menawarkan langganan tersendiri, berbanding melalui platform lain.
- Dengan populariti jenama SEGA, seperti Sonic, perkhidmatan ini berpotensi menarik peminat untuk melanggan dan memainkan permainan lain di bawah jenama SEGA.
Penerbit permainan seperti EA dan Ubisoft turut melakukan perkara sama, khusus untuk permainan yang diterbitkan mereka.
Untuk makluman, pada hari ini, permainan Sega sedia ditawarkan melalui beberapa platform berbeza – dan dengan menyediakan penawaran langganan tersendiri, ia akan membolehkan Sega menjana keuntungan lebih tinggi berbanding melalui platform lain.
Dengan populariti jenama Sega kebelakangan ini, seperti melalui Sonic, tidak mustahil ia membolehkan peminatnya terus melanggan perkhidmatan Sega, dan turut memainkan IP lain di bawah mereka. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami