MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menguatkuasakan segera gaji minimum RM1,800 bagi mengekang gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,800 kepada Ketua Setiausaha Negara, pada 16 Februari lalu.
“Kita berharap memorandum yang Cuepacs hantar itu dapat mengurangkan amalan yang tidak berintegriti sebab kes rasuah merugikan pendapatan negara.
“Memang Cuepacs bimbang kerana amalan ini kadang-kadang tidak nampak, tetapi bila dilihat pada peningkatan kes itu kebimbangan jelas semakin meruncing kerana imej negara perlu dijaga,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas seminar memahami keperluan dan cabaran penjawat awan dalam persekitaran norma baharu di Banda Hilir di sini, hari ini.
Antara kandungan memorandum itu, kata beliau ialah semakan semula gaji penjawat awam dengan kenaikan antara tujuh hingga 30 peratus.
Menurutnya, menerusi memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan itu, masalah gaji penjawat awam yang rendah akan dapat diatasi, sekali gus mengekang amalan rasuah.
Cadangan semakan itu, jelasnya, dikekalkan sebagaimana kenaikan yang pernah dilaksanakan kerajaan pada 2012.
Turut dicadangkan katanya ialah semakan terhadap beberapa elaun seperti perumahan dan sara hidup.
Semakan itu juga ujarnya, dianggap perlu memandangkan ia tidak pernah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Abdul Rahman dalam masa sama mengakui, terdapat segelintir daripada 1.6 juta penjawat awam terjebak dalam kegiatan rasuah yang berpunca berikutan tekanan hidup.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Mar 26 2022

Ceupacs telah mencadangkan kepada kerajaan kenaikan gaji minimum penjawat awam daripada RM1,200 kepada RM1,800, kata Abdul Rahman Mohd Nordin. - Gambar Astro AWANI

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.

Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan
Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani.

Pelbagai pihak bantu ringankan beban mangsa banjir di Sarawak
Selain NGO, beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.

CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.

'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.

Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi
Prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.

Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,

Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.

NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang
Seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup.

Jurutera Qantas beri amaran gangguan penerbangan susulan mogok
Lebih 1,000 jurutera Qantas di lapangan terbang di Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth, Adelaide dan Canberra mengadakan mogok pada Isnin

Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman
Volkswagen juga enggan memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan pemberhentian besar-besaran dan penutupan kilang.

Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.