KOTA BHARU: Majlis Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu melibatkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata cadangan penubuhan majlis itu telah diusulkan kepada kerajaan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Muhyiddin berkata majlis pemulihan itu sebaik-baiknya diketuai Menteri Besar atau Pengerusi Jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab dalam soal ekonomi di peringkat negeri masing-masing kerana soal pentadbiran dan perniagaan ada kaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Sewajarnya kerajaan negeri juga harus bertindak mengambil langkah-langah yang diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai isu malahan beri bantuan dan sokongan kepada mereka yang terkesan seperti peniaga terutama usahawan kecil bumiputera," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Pengerusi MPN Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata aspek sedemikian jika tidak diberi tumpuan segera akan memberikan kesan besar antaranya pertambahan kadar kemiskinan.
Berikutan pandemik COVID-19, semakin ramai golongan T20 sudah berubah menjadi M40 dan begitu juga M40 dan B40 yang berubah status ekonomi mereka.
"Jelas terbukti bilangan yang sudah jatuh miskin sangat ramai. Sebahagian besar kategori itu orang Islam termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak," kata Muhyiddin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Muhyiddin berkata aspek sedemikian jika tidak diberi tumpuan segera akan memberikan kesan besar antaranya pertambahan kadar kemiskinan.

PRU15 | Pilihan Raya Umum dijangka tahun ini - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 bakal diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Menerusi temu bual dengan The Associated Press, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, UMNO berkemungkinan menang besar jika pilihan raya itu diadakan secara tergesa-gesa.

Ekonomi | Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan 2022 meningkat 50.35 peratus
Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Tahun 2022 setakat 15 Ogos mencatat peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4 peratus pada 15 April lalu.

Mahkamah | Tun Mahathir saman Ahmad Zahid isu 'kutty'
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan bekas perdana menteri itu.

Rayuan SRC | Hisyam ada tiga hari buat hujahan Najib - Tengku Maimun
Untuk kesekian kalinya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat enggan melayani permintaan ketua pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk penangguhan rayuan utama bekas Perdana Menteri itu. Sejurus selepas ketua pendakwaan Datuk V Sithambaram selesai dengan hujahan lisannya, Hisyam sekali lagi bangkit memohon penangguhan sehingga ke Khamis hadapan.

Pengguguran acara di Sukma jejas usaha lahirkan atlet pelapis - Shahidan
Keputusan menggugurkan beberapa acara sukan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur, bulan depan, bakal memberikan kesan terhadap usaha melahirkan atlet pelapis negara.

Jenayah | Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan disiasat dengan segera.

Ringgit terus susut apabila dolar AS melonjak di seluruh pasaran
Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.4760/4795 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4720/4750 pada Khamis.
![AWANI Borneo [19/08/2022] - Perluasan jalur lebar | PRU15 | Boleh sambung belajar AWANI Borneo [19/08/2022] - Perluasan jalur lebar | PRU15 | Boleh sambung belajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983368/thumbnails/19650021631660909461423_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [19/08/2022] - Perluasan jalur lebar | PRU15 | Boleh sambung belajar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar #AWANIBorneo 19 Ogos 2022 : - Sabah akan memastikan pelan Jendela dilaksanakan sepenuhnya tahun ini. - GRS Tawau bersedia jika terpaksa bertembung dengan UMNO pada PRU15. - Dua remaja Sarawak dapat MyKad.

Penipuan kerja di luar negara, 168 rakyat Malaysia terkandas
Sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan.

Transformasi | Konvensyen KIK jana idea-idea baharu penjawat awam
Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) peringkat kementerian diyakini mampu memupuk serta membudayakan penjanaan idea-idea baharu dalam kalangan penjawat awam khasnya di Sarawak. Penganjuran ini akan menjadi platform kepada kumpulan KIK daripada setiap jabatan dan agensi melonjakkan prestasi, kecekapan serta keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan.