awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/09/2023
08:18 MYT
'Segulai Sejalai' pelengkap sambutan Hari Malaysia di Kuching
Pelbagai acara dan persembahan dijadualkan pada malam Sabtu termasuk persembahan artis jemputan terkenal dan juga artis tempatan. -Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: “Segulai Sejalai” diketengahkan sebagai pelengkap Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini yang akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, Fahmi Fadzil, “Segulai Sejalai” (berjalan seiringan) merupakan frasa dalam bahasa Iban yang membawa makna signifikan dengan konsep perpaduan dan aspirasi Malaysia MADANI.
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
"Tema tahun ini untuk Sambutan Hari Malaysia, 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Segulai Sejalai'.
"Ia sebenarnya frasa daripada bahasa Iban yang telah dipersetujui dan diangkat oleh Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu sewaktu satu lawatan rasmi ke Sarawak.
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
"Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup terkesan dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh rakyat Sarawak yang menonjolkan semangat kebersamaan walaupun pelbagai latar belakang, budaya dan agama namun hidup rukun aman damai.
"Inilah yang kita harap dapat kita angkat sebagai semangat yang dapat kita jalinkan dalam negara kita Malaysia," beliau berkata demikian dalam ucapan khas yang disiarkan dalam AWANI Pagi pada Jumaat.
Sambutan Hari Malaysia 2023 peringkat kebangsaan
Jelasnya lagi, pelbagai acara dan persembahan dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu termasuk persembahan artis-artis jemputan terkenal dan juga artis-artis tempatan.
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
"Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke dalam stadium, penganjur juga telah menyediakan skrin layar LED di luar stadium yang akan memaparkan acara yang berlaku di dalam stadium.
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
"Bagi yang tidak berkesempatan hadir ke Kuching, anda semua dijemput menonton siaran langsung Sambutan Hari Malaysia di TV1 (RTM) serta di saluran stesen TV tempatan yang lain atau secara dalam talian menerusi Facebook Live KKD dan Facebook Merdeka360," katanya.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Segulai Sejalai
#Sambutan Hari Malaysia
#Stadium Perpaduan Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan