awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejam berpaut pada kayu, pemuda nyaris maut motosikal dihanyut arus deras

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/11/2024
03:19 MYT
Sejam berpaut pada kayu, pemuda nyaris maut motosikal dihanyut arus deras
Seorang penunggang motosikal dihanyutkan arus banjir ketika melalui lokasi kejadian. - Foto tular di media sosial
MASJID TANAH: Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Batu Alang, Kampung Sungai Siput, Lubok Cina, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, seorang lelaki berusia 34 tahun, terpaksa berpaut pada dahan pokok kira-kira sejam sebelum diselamatkan pasukan bomba.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.32 pagi sebelum sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Maklumat diterima memaklumkan seorang penunggang motosikal dihanyutkan arus banjir ketika melalui lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kawasan sekitar termasuk jalan raya dinaiki air sedalam kira-kira 1.2 meter dengan keadaan arus yang deras dan mangsa ketika itu berusaha menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang kayu sebelum pasukan bomba memulakan operasi menyelamat," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, mangsa kemudian berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke jalan raya selepas operasi menyelamat dijalankan lebih 40 minit.
"Kami menasihatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk tidak mengambil risiko dengan meredah atau melintasi air deras bagi mengelak kejadian serupa," katanya.
Sementara itu kejadian menimpa lelaki itu tular di media sosial menunjukkan mangsa cuba meredah arus deras banjir dengan mengekori rapat belakang sebuah lori.
Mangsa bagaimanapun tiba-tiba terjatuh sebelum dihanyutkan arus.
Topic Berkaitan
#banjir
#berpaut pokok
#arus deras
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan