awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekarang masa cuba pekerjaan baharu, belajar kemahiran baharu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/06/2020
09:24 MYT
Sekarang masa cuba pekerjaan baharu, belajar kemahiran baharu
Sekarang adalah masa untuk mencuba pelbagai jenis pekerjaan dan mempelajari pelbagai kemahiran kerana pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap banyak sektor pekerjaan di Malaysia. - Gambar BERNAMA
Sekarang adalah masa untuk mencuba pelbagai jenis pekerjaan dan mempelajari pelbagai kemahiran baharu kerana pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap banyak sektor pekerjaan di Malaysia.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Prasiswazah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Zafir Mohamed Makhbul berkata, pemikiran sebegitu sedang diterapkan kepada graduan universiti di seluruh negara.
“Kalau boleh apa pekerjaan, apa kemahiran yang baharu, yang perlu kita teroka, kita patut lakukan sekarang. Ini yang kita cuba terapkan kepada graduan universiti. Saya tak terkejut apabila ada pelajar berniaga dalam talian.
“Keuntungan mereka boleh menampung yuran pengajian. Saya sendiri mengajar program Sarjana Keusahawan dan Inovasi di mana majoriti pelajar adalah mereka yang telah mempunyai perniagaan.
“Ada yang mengusahakan perniagaan dalam talian yang perniagaan mereka, keuntungannya ada mencecah empat angka,” katanya alam Webinar Astro AWANI yang membincangkan tajuk COVID-19: Penugasan Semula Pekerjaan atau Penciptaan Pekerjaan Baru pada Rabu.
Dalam pada itu, Zafir Mohamed berkata ramai orang seolah-olah terlupa dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) selepas COVID-19 melanda dunia pada hujung tahun lepas.
“Kita sedar bahawa bila masuk ke tahun 2020, maka bermulanya IR4.0. Apabila Mac tiba dan datangnya COVID-19 ke Malaysia, kita seolah-olah lupa kepadanya tapi apa yang dibawa IR4.0 ini, kita terapkan dalam kurikulum pelajar.
“Ia bertujuan supaya kita dapat hasilkan satu konsep dinamakan kemandirian pelajar. Pelajar boleh diletakkan di mana-mana selepas menjadi graduan, dalam mana-mana universiti,” ujarnya.
Webinar yang diadakan pada Rabu itu dikendalikan Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Institute of Technology Academy (MIT), Anthony Ng Mun Sun.
Turut sama menyertai Webinar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas bersama qwork.my, Muna Munirah Wan Nordin dan Ketua Bahagian Graduan dan Bakat Baharu Talent Corp, Mohamad Nazrul Aziz.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#coronavirus
#COVID-19
#ekonomi
#Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
#Institusi Pengajian Tinggi
#koronavirus
#Malaysia
#Malaysian
#pandemik
#pelajar
#pengajian tinggi
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan