ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Oktober 2026.
Sultan Ibrahim dikurnia Darjah Kebesaran Awam Tertinggi Jordan
Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, anak terlibat kemalangan di Kuala Lipis
Siti Zailah telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat
TH memberi jaminan segala simpanan pendeposit adalah selamat, selain meneruskan pemantauan rapi serta terus memperkukuh kawalan keselamatan bagi memastikan sistem yang dipulihkan beroperasi dengan selamat dan lancar.
Ibu Zara Qairina setuju lebam pada tubuh anaknya bukan kesan pukulan objek tumpul
Kesan lebam di belakang badan anaknya yang sebelum ini dipercayai akibat pukulan sebenarnya berpunca daripada darah beku, berdasar penjelasan doktor.
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi - Menteri Luar
Nasihat itu adalah susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lepas.
Tuanku Muhriz tidak berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja, tumpu urusan negeri
Keputusan itu dibuat bagi membolehkan baginda memberikan perhatian kepada Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.
Belanjawan 2027: Harap fitnah jual KTMB dapat dinoktah - Loke
Pengumuman Belanjawan 2027 berhubung usaha memulihara Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diharap dapat menoktahkan dakwaan kononnya syarikat pengangkutan milik kerajaan itu akan dijual atau diswastakan.
'Dedah syarikat punca jerebu, pengguna perlu ada hak pilih produk' - SAM
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendesak kerajaan Indonesia supaya mendedahkan senarai syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah di Indonesia yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, bagi membolehkan orang ramai mengambil tindakan termasuk memboikot produk mereka.
Yayasan Akalbudi: Pengurusan kes Badan Peguam cabar DNAA Ahmad Zahid pada 14 Jun 2027
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Jun 2027 untuk pengurusan kes permohonan semakan kehakiman Badan Peguam bagi mencabar keputusan pihak pendakwaan menghentikan kes rasuah Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin PH Melaka saman kerajaan negeri berhubung pelantikan tujuh ADUN
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri bagi mencabar pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membenarkan pelantikan maksimum tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.