Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan ke atas dua lagi wilayah di China, susulan lockdown oleh kerajaan China akibat penularan koronavirus.
Dua wilayah berkenaan ialah Zhejiang dan Jiangsu, masing-masing membabitkan lima dan dua buah bandar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia selaras dengan langkah kerajaan yang menguatkuasakan sekatan bagi wilayah yang dikenakan lockdown oleh kerajaan China.
“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta memperketatkan lagi sekatan sedia ada kepada mengenakan syarat sekatan bagi semua pelancong, tidak mengira kerakyatan, yang pernah mengunjungi atau berada di tiga wilayah tersebut untuk tidak memasuki Malaysia dalam tempoh 14 hari selepas itu.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JIM dan agensi lain yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru juga diminta untuk meningkatkan aspek kawalan dengan memberikan nasihat yang sewajarnya kepada orang ramai yang melalui kesemua pintu masuk tersebut,” kata beliau.
Dr Wan Azizah berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Quill City Mall, di sini.
Beliau juga memaklumkan belum ada keperluan untuk menyekat terus perjalanan keluar masuk dari China kerana situasi masih terkawal.
Perkembangan ini menjadikan tiga wilayah sudah dikenakan sekatan perjalanan, termasuk Hubei yang sudah diumumkan sebelum ini.
Madiha Abdullah
Sun Feb 09 2020
Dua lagi wilayah dikenakan sekatan perjalanan iaitu Zhejiang dan Jiangsu susulan 'lockdown' oleh kerajaan China. -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
12 maut, 37 cedera dalam insiden letupan saluran gas di China
Letupan berlaku ketika orang ramai sedang bersarapan pagi dan membeli barangan harian di pasar.
Puting beliung landa Wuhan, 6 terkorban
Puting beliung yang membawa angin kencang itu turut memusnahkan bangunan kediaman dan harta benda.
Dokumen rahsia dedah negara China gagal urus peringkat awal pandemik COVID-19 - CNN
Memetik laporan CNN, negara China didakwa gagal menguruskan peringkat awal pandemik COVID-19 yang bermula dari Wilayah Hubei di Wuhan.
COVID-19: Beijing tingkat kapasiti ujian saringan kepada 1 juta sehari
Beijing mampu melakukan ujian saringan COVID-19 sebanyak satu juta individu setiap hari ketika mana seluruh bandar itu berusaha mengekang penularan baharu.
COVID-19: Pesakit terakhir tinggalkan hospital di Wuhan
Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China di mana punca pandemik itu terjadi mencatat angka sifar selepas pesakit terakhir dibenarkan pulang pada Jumaat.
Hospital COVID-19 di Wuhan akan ditutup pada Rabu, berjaya capai misi
Hospital Leishenshan bakal menutup operasinya selepas selesai merawat empat pesakit terakhir yang dijangka keluar pada Selasa.
99 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di China
Daripada jumlah tersebut, 97 kes positif dikesan membabitkan pelancong dari luar negara.
COVID-19 hasil gabungan dua jenis virus - Penganalisis genom
COVID-19 berkemungkinan berasal daripada gabungan genom virus tenggiling dan kelawar, yang kemudian menjangkiti manusia.
China rekod peningkatan kes import COVID-19
China melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 akibat jangkitan dari pelancong luar negara selepas penurunan kes selama empat hari.
COVID-19: Itali catat 793 kematian, tertinggi dalam satu hari
Manakala 6,557 kes baharu COVID-19 dicatatkan yang juga merupakan angka tertinggi bagi tempoh satu hari.