KUALA LUMPUR:Eksport produk sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) secara amnya tidak menghadapi sebarang masalah kecuali sekatan dagangan ke atas produk sawit negara keluaran Felda Global Ventures (FGV) yang bermula pada 1 Oktober 2020.
Sehubungan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata sekatan berkenaan tidak memberi kesan signifikan terhadap sektor tersebut.
"FGV hanya mengeksport 40 tan minyak sawit ke AS. Selain itu, eksport minyak sawit Malaysia ke AS bagi tempoh Mei hingga September 2020 adalah sebanyak 292,940 tan dan 292,011 tan bagi tempoh sama pada 2019," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kesan tindakan AS itu terhadap import produk sawit Malaysia bagi tahun ini.
Selain itu, menyentuh dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV menggunakan tenaga tenaga buruh paksa, Mohd Khairuddin berkata pihak FGV telah mengeluarkankenyataan media bagi menjawab dakwaan tersebut.
"Untuk makluman, pihak CBP telah mengeluarkan Withhold Release Order atau WRO (Perintah Sekatan Pelepasan) terhadap import minyak sawit dan produk FGV pada 30 September 2020.
"Sekatan dikeluarkan berdasarkan petisyen dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kepada pihak CBP berkaitan penggunaan buruh paksa dalam proses keluaran produk sawit FGV. Namun, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan," katanya.
Sambil menyifatkan buruh paksa itu bukan isu baharu, Mohd Khairuddin menegaskan undang-undang Malaysia jelas tidak membenarkan sebarang bentuk penyeksaan, penindasan, keganasan fizikal dan seksual terhadap mana-mana pekerja di semua sektor di negara ini.
Menurutnya, tindakan majikan menyimpan pengenalan diri seperti pasport atas dasar keselamatan setelah mendapat persetujuan pihak pekerja, sebaliknya disenaraikan antara elemen buruh paksa oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Antara penyelesaian itu adalah sebahagian besar syarikat perladangan sawit menyediakan ruang khas penyimpanan pasport yang boleh diambil pekerja pada bila-bila masa.
"Kerajaan amat menitikberatkan prinsip keadilan dan sosial pekerja dengan penguatkuasaan undang-undang perburuhan dan juga akta yang menjaga kebajikan pekerja.
"Isu-isu teknikal (seperti tindakan majikan menyimpan pasport, pekerja membawa bersama anakke ladang kerana tiada penjaga di rumah) perlu diperjelaskan kepada pihak syarikat.
"Kementerian juga melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan terus giat mengadakan program-program advokasi untuk menjelaskan perkara sebegini kepada pihak industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 05 2020

FGV hanya mengeksport 40 tan minyak sawit ke Amerika Syarikat. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Nelayan dikhuatiri lemas | Menjelang pengumuman dasar semalaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Sawit: Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil | Kumpulan penasihat COVID-19 ditubuhkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

FXTM jangka MYR akan uji paras 4.00, OPR dijangka kekal
Tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP 2.0 yang sedang berlangsung, bersama prestasi dolar AS, akan menjadi pemacu utama.

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

Felda beli 5.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Kerajaan kesal AS sekali lagi sekat kemasukan minyak sawit Malaysia
Kerajaan kesal dengan tindakan Amerika Syarikat yang sekali lagi menyekat kemasukan minyak sawit Malaysia ke negara itu.

Budaya berbeza punca AS sekat produk sawit Malaysia - Ketua Pengarah MPOB
Menurutnya definisi buruh paksa yang ditakrifkan Amerika Syarikat mungkin berbeza dengan Malaysia sekaligus mencetuskan salah faham.

FELDA tidak berhasrat kekalkan status penyenaraian FGV
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia di atas tawaran pengambilalihan mandatori.

Buruh paksaan: FGV ambil langkah proaktif
FGV Holdings Bhd mengambil langkah proaktif dalam usaha membatalkan WRO sejak petisyen dikemukakan mengenai dakwaan menggunakan buruh paksa dalam penghasilan produk sawit.

Felda tanggung hutang RM10.7 bilion, masalah kecairan RM1.3 bilion
Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023.

FELDA tambah pegangan dalam FGV, buat tawaran pengambilalihan mandatori
FELDA yang memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV Holdings Bhd, akan meningkatkan pegangannya kepada 35.12 peratus.

Felda cadang swastakan FGV
Setalah cadangan pengambilalihan itu selesai, Felda bersama pihak-pihak terlibat (PACs) akan secara kolektif memegang lebih 50 peratus saham FGV

FGV catat untung bersih RM136.9 juta pada suku ketiga
Perolehannya turut meningkat kepada RM3.99 bilion daripada RM3.55 bilion sebelum ini.

Sekatan terhadap FGV tidak jejas eksport produk sawit ke Amerika Syarikat
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata sekatan berkenaan tidak memberi kesan signifikan terhadap sektor tersebut.