awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah bersemuka di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka bermula hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2021
22:54 MYT
Sekolah bersemuka di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka bermula hari ini
Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka mula beroperasi hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka mula beroperasi hari ini.
Operasi institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu.
Ia membabitkan kemasukan bagi murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah, serta murid tingkatan 3 dan 4 sekolah menengah.
Kehadiran murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya akan bermula pada 8 November.
BACA: Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Institusi pendidikan di bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah kementerian bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Sesi persekolahan akan dijalankan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka.
KPM sebelum ini menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.
BACA: Pembukaan semula sekolah 3 Okt, ini lima perkara yang anda perlu tahu
Topic Berkaitan
#sekolah bersemuka
#Kementerian Pendidikan
#Pelan Pemulihan Negara
#murid sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan