awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah ditutup kerana banjir tidak perlu ganti hari persekolahan - Mahdzir

Bernama
Bernama
05/01/2017
08:37 MYT
Sekolah ditutup kerana banjir tidak perlu ganti hari persekolahan - Mahdzir
MAHDZIR: Sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana ia dianggap sebagai Cuti Darurat Kecemasan Banjir. - Gambar hiasan
Sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana ia dianggap sebagai Cuti Darurat Kecemasan Banjir, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata sebanyak 72 sekolah di Kelantan dan Terengganu ditutup akibat banjir.
Daripada jumlah itu, 38 sekolah turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), katanya kepada pemberita semasa melawat Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di sini yang dijadikan PPS.
Mahdzir berkata kira-kira 15,000 pelajar di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sejak Ahad lepas dan berdasarkan keadaan cuaca yang baik, sekolah yang ditutup itu mungkin boleh dibuka semula minggu hadapan.
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri di dua negeri terbabit perlu membuat laporan segera untuk proses membaik pulih perabot, kerusi meja serta alat pendawaian sekolah yang rosak.
"Kementerian akan memberi peruntukan segera bagi membaiki segala kerosakan yang dialami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mahdzir Khalid
#Kelantan
#Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan