Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah supaya tidak lagi membebankan guru dengan penyediaan dokumen berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi tahun 2017.
Kementerian itu dalam kenyataan pada Khamis berkata, guru sebaliknya perlu melihat ke hadapan dengan menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi kepada murid.
Menurutnya, audit SKPMg2 yang dilaksanakan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati kekeliruan dalam kalangan pihak sekolah berlaku kerana mereka tidak jelas berkaitan dokumen yang perlu dibawa untuk diaudit.
Kementerian itu berkata bukti yang sepatutnya dibawa pihak sekolah hanyalah dokumen pengurusan sekolah sedia ada yang terpilih sahaja.
"Tidak jelas tentang bukti yang menyebabkan guru diminta menyediakan bukti baharu yang membebankan mereka, sedangkan bukti yang diaudit hanyalah dokumen pengurusan sedia ada yang disediakan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa," katanya.
Baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) merayu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya membantu menyelesaikan isu SKPMg2 yang dilihat membebankan para guru.
NUTP dilaporkan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru berkaitan isu tersebut kerana keperluan untuk menyiapkan dokumen SKPMg2 itu menyusahkan dan membuang masa mereka.
Kementerian Pendidikan berkata SKPMg2 mula dilaksanakan pada Mac 2017 sebagai instrumen penilaian kendiri sekolah yang juga menjadi panduan pengurusan sekolah merangkumi bidang kepimpinan dan pengurusan, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid serta pembelajaran dan pengajaran.
SKPMg2 dilaksanakan untuk memastikan institusi pendidikan diurus dengan sistematik agar memberi impak yang tinggi terhadap kemenjadian murid selain menjadi instrumen penilaian bagi membantu sekolah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk membuat penambahbaikan.
Berdasarkan maklum balas daripada 4,735 sekolah yang telah diaudit, kebanyakan sekolah menjadikan SKPMg2 sebagai panduan pengurusan sekolah dan bimbingan semasa sesi audit membantu meningkatkan kefahaman dalam melaksanakan penilaian kendiri, kata Kementerian Pendidikan. -- Bernama
Bernama
Thu May 31 2018
Guru perlu melihat ke hadapan dengan menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi kepada murid. - BERNAMA/Fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.