Sekolah Kebangsaan (SK) Selama di Perak adalah antara 18 buah sekolah yang dijadikan sekolah angkat pintar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melahirkan bakat hoki negara.
Pengurus Pentadbiran Sukan, Bahagian Hal Ehwal Korporat TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata pemilihan sekolah berkenaan merupakan usaha syarikat utiliti tersebut membangunkan sukan hoki negara dengan menggilap bakat baharu.
"Ini merupakan program pembangunan hoki negara yang diselia oleh TNB bagi memilih pemain hoki yang berbakat untuk mewakili negara," katanya kepada pemberita di Klinik Hoki TNB 2017 di Sekolah Kebangsaan Selama hari ini.
Sempena dengan pemilihan itu, SK Selama menerima 20 set kayu hoki, 40 baju T, 20 biji bola hoki dan satu set pakaian dan kelengkapan penjaga gol untuk 40 orang murid.
Nor Saiful Zaini yang juga bekas kapten pasukan hoki negara berkata melalui program itu pihaknya akan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik bermain hoki yang betul selain mewujudkan budaya sihat dalam kalangan pelajar.
"Sekolah yang dipilih perlu menyediakan pasukan mereka untuk menyertainya. Kita harap suatu hari nanti mereka dapat mewakili negara dalam sukan hoki," katanya.
Selain itu beliau berkata sebuah padang hoki juga perlu diwujudkan di daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian bagi membolehkan pelajar sekolah berlatih di atas padang hoki yang sempurna.
Sementara itu Guru besar SK Selama, Mardiah Wahab berkata pemilihan sekolah tersebut membuka peluang untuk melahirkan lebih ramai bintang hoki negara pada masa hadapan.
"Kita terharu kerana kita dipilih TNB daripada 15 sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang mengemukakan permohonan sebelum ini untuk menjadi sekolah angkat pintar syarikat itu.
"Kesudian TNB menganjurkan klinik hoki dengan dibimbing bekas kapten pasukan hoki negara pastinya menyinari kembali potensi sukan hoki sekolah yang malap sebelum ini," kata Mardiah.
Guru hoki sekolah itu Mohd Akram Mohd Sabri berkata melalui klinik hoki tersebut, ia diyakini dapat mencungkil ramai bakat baharu dalam sukan berkenaan untuk mengharumkan nama daerah, negeri dan negara.
Seorang pesertanya Nurul Atiqah Abdul Khalim, 11, berkata dia seronak menyertai klinik itu kerana semenangnya mahu serius dalam sukan hoki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
Atikah Abdul Halim, 11, (kiri) bersama rakan yang lain menjalani sesi latihan hoki pada program Klinik Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sekolah Kebangsaan Selama hari ini. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.