Penggal persekolahan 2015 baru bermula dan bagi ibu bapa, pemilihan sekolah yang sesuai untuk anak mereka memulakan alam persekolahan adalah amat penting.
Mereka hanya memikirkan yang terbaik untuk anak masing-masing.
Lazimnya, dua perkara yang akan mempengaruhi keputusan ibu bapa iaitu jarak sekolah dari rumah serta kecemerlangan sekolah dari segi pencapaian akademik.
Bagaimanapun, sering kali mereka terpaksa memilih satu daripada kedua-dua faktor ini.
Bernama menghubungi beberapa orang ibu bapa daripada pelbagai latar belakang bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai isu yang berbangkit.
Utamakan lokasi
Bagi suri rumah Izuwati Abdul Razak, 31, sekolah yang dipilih untuk anak lelakinya mesti dekat dengan rumah.
"Sekolah yang saya pilih S.K Bandar Pontian, Johor dekat dengan rumah. Saya tak fikir tentang pencapaian sekolah," katanya.
Menurut Izuwati, pendidikan anak bermula dari rumah dan dia akan turut membimbing anaknya selain daripada apa yang anaknya pelajari di sekolah.
Lain pula dengan Fadzly Nordin yang memilih sekolah Islam swasta berhampiran tempat kerjanya di Ipoh untuk anaknya, Alya Nurfatini, tujuh tahun, sedangkan rumahnya terletak di Manjung, Perak.
"Pertama sekali saya akan tengok mana sekolah yang mudah untuk saya sekiranya berlaku kecemasan ketika saya bekerja dan saya akan buat senarai dari segi pencapaian akademik sekolah," katanya.
Kecemerlangan dengan pengajian agama
Muhammad Zulqarnain Ali, 34, seorang jurutera, mementingkan sekolah yang ada rekod baik dalam kedua-dua pendidikan agama dan akademik untuk anak-anaknya.
Tempat kerja beliau terletak di KLCC dan rumah pula di Ampang. Bagaimanapun, beliau memilih sekolah agama swasta di Wangsa Maju untuk pendidikan anaknya.
"Memang jauh sikit dari tempat kerja dan rumah saya tetapi pendidikan anak menjadi keutamaan saya dan isteri. Kami berdua bersetuju untuk menghantar mereka ke sekolah itu kerana kurikulum yang ditawarkan," katanya.
Bagi jurugambar profesional, Hiekal Rosli, 33, beliau juga memilih sekolah yang mempunyai kriteria yang sama untuk anak perempuannya, Naily, tujuh tahun.
Seperti Zulqarnain, beliau memilih sekolah di Wangsa Maju berdasarkan pencapaian serta kurikulum sekolah.
"Saya tak kisah bersusah-payah untuk anak saya, hantar dan ambil lepas sekolah atau cari pengangkutan asalkan anak saya dapat pendidikan terbaik. Saya akan lakukan apa sahaja untuk anak saya," katanya.
Nasib baik
Bagi Husnaini Azmi, 33, pengurus akaun Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), beliau bernasib baik kerana sekolah berprestasi tinggi terletak berhampiran rumahnya.
"Secara kebetulan sekolah yang sedemikian dekat dengan rumah. Memang kami bernasib baik," katanya.
Tambah Husnaini, lokasi adalah faktor utama kerana jika berlaku kecemasan, rakan dan jirannya boleh ke sekolah dan mereka juga boleh menghantar serta mengambil anaknya dari sekolah.
Bagi Wan Nurul Anais Izzati Wan Ismail, 30, beliau memilih sekolah Cina (SJKC) untuk anak lelakinya kerana ia dekat dengan tempat kerja.
"Kami pilih sekolah itu kerana anak saya boleh belajar satu lagi bahasa dan sekolah berkenaan secara keseluruhannya mempunyai rekod pencapaian yang baik terutama dalam matematik," katanya.
Memandangkan Anais dan suaminya bekerja mengikut syif, ini membolehkan dia atau suaminya berada di rumah apabila anak lelakinya kembali dari sekolah.
Kepentingan anak
Apa yang ditulis setakat ini ialah keperluan ibu bapa. Bagaimana pula dengan anak itu sendiri?
Apakah ada ibu bapa bertanya kepada anak mereka tentang kemahuan mereka dalam soal pemilihan sekolah?
Professor Datin Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat ibu bapa terlalu mengutamakan keperluan mereka sehingga mengabaikan suara dan hak anak.
Beliau memberitahu Bernama, meskipun ibu bapa memberi anak mereka pendidikan tetapi mereka tidak mendengar isi hati anak mereka.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang berkata, ibu bapa terlalu fokus untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak sehinggakan ada kalanya mereka lupa untuk mendengar apa yang anak mereka mahu dalam kehidupan mereka.
"Ada ibu bapa yang akan berkata anak mereka terlalu muda untuk membuat keputusan sendiri tetapi itulah sebabnya mereka dihantar untuk pra-sekolah," tambahnya.
Jangan paksa
Prof Noor Aziah juga berkata sekiranya ibu bapa memilih sekolah Cina sedangkan ia bukan bahasa ibunda, mereka perlu memberi perhatian kepada kemampuan anak ketika di peringat pra-sekolah lagi.
Jangan paksa sekiranya anak tidak gembira, sebaliknya bercakap dengan anak dan berbincang.
Ibu bapa nampaknya memilih "pendidikan terbaik" untuk anak mereka berdasarkan apa yang sesuai untuk mereka serta taraf tetapi anak itu mungkin tidak dapat menepati jangkaan mereka.
"Konflik timbul apabila anak tertekan kerana mereka dipaksa berada dalam keadaan yang mereka tidak mahu atau tidak mahu buat.
"Jangkaan semakin meningkat sehinggakan budak darjah satu pun menghadiri tuisyen atau kelas tambahan supaya senantiasa berada di hadapan daripada segi pencapaian akademik," katanya.
Ibu bapa perlu ingat anak mereka bukan robot dan merekalah yang akan bertanggungjawab jika masa hadapan anak mereka rosak akibat meletakkan jangkaan yang tinggi dan bukan semua anak boleh mencapainya.
Kejayaan anak bukan diukur dari mana sekolah yang mereka pergi tetapi apa yang anak itu capai dan sama ada anak itu gembira.
Bernama
Tue Jan 27 2015
Kejayaan anak bukan diukur dari mana sekolah yang mereka pergi tetapi apa yang anak itu capai dan sama ada anak itu gembira. - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.
'Saya hanya dimaklumkan tidak wakili ibu bapa Zayn Rayyan dua hari lalu' - Fahmi
Peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memberitahu hanya dimaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu, menerusi kiriman WhatsApp.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.
Op Global: Ibu bapa perlu buktikan pertalian darah bagi tuntut anak-anak - Nancy
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan Op Global perlu mengemukakan bukti pertalian darah bagi menuntut anak-anak mereka.
[KOLUMNIS] Kegagalan murid Tahun 1 kuasai 3M: Punca kuasa yang bermula dari rumah
Penguasaan 3M adalah isu paling utama yang perlu diberikan perhatian sebelum anak melangkah ke Tahun Satu.
Ibu bapa wajib beri pendidikan rendah, gagal boleh dihukum - SUHAKAM
Ibu bapa yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.