Semua sekolah di seluruh negara akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata, murid Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat dan kelas peralihan akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai.
Katanya, murid Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai.
Sementara itu, katanya bagi pelajar Tingkatan Enam Semester 1, keputusan penawaran kemasukan calon sudah boleh disemak bermula hari ini dan pelajar akan mendaftar pada 15 Julai ini.
Dr Radzi berkata, pembukaan itu akan dibuat menggunakan tiga model pengoperasian yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
"Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
"Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
"Model Penggiliran untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi," kata beliau dalam sidang media khas pada Rabu.
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh kementerian selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
Takwim persekolahan juga telah dipinda mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek termasuk pindaan tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, ini termasuk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2021 bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.
Madiha Abdullah
Wed Jul 01 2020

Radzi berkata senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya. - Bernama

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Persatuan Pandu Puteri kukuhkan perpaduan rentas kaum, agama
Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus menekankan perpaduan tanpa mengira kaum, agama dan status sosial menerusi pendekatan berteraskan kerangka UNITY.

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok
Pelajar yang tidak menerima tawaran boleh buat rayuan mulai 19 hingga 25 Mei, keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun.

Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR
71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Guru boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan pertukaran buat guru yang telah berkhidmat selama dua tahun.

Keputusan peperiksaan STAM 2024 pada 20 Mei - KPM
Semua calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi hari berkenaan.

KPM wujudkan ProKhas perluas akses pendidikan di Kampung Serudung Laut - Fadhlina
Kementerian Pendidikan mewujudkan program ProKhas di Kampung Serudung Laut Kalabakan sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan di kawasan pedalaman.

Hala tuju baharu pendidikan negara perlu pendekatan berani, menyeluruh - PM Anwar
Anwar Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual atlet sukan sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dalam sebarang isu buli dan gangguan seksual melibatkan atlet sukan sekolah, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Universiti bebas tentukan kursus mereka sendiri - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata universiti di negara ini diberi kebebasan untuk menentukan kursus masing-masing.

Silap paparan Jalur Gemilang: Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM - KSN
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Dr Aminuddin Hassim telah diarahkan menyediakan laporan lengkap berhubung insiden itu.