SESI persekolahan secara berperingkat bermula di beberapa negeri selepas lebih enam bulan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan akibat penularan COVID-19.

Rata-rata pelajar dilihat teruja untuk kembali ke sekolah secara bersemuka mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri masing-masing, selain mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengoperasian sekolah mengikut sistem penggiliran ini nyata menggusarkan sebilangan ibu bapa, namun ia perlu dilakukan demi kepentingan pendidikan anak.

Semalam, sesi persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah.

Hari ini, sesi persekolahan secara bersemuka bermula di Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan.

Sekolah Dibuka | Sesi persekolahan di 10 negeri bermula hari ini


 
Sebahagian pelajar SMK Taman Tasik, Ampang hadir bagi memulakan sesi pembelajaran pada pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pemakaian pelitup muka antara SOP ketat yang diamalkan di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar sempena pembukaan sesi sekolah secara bersemuka di SMKTT, Ampang. - Astro AWANI/Shahir Omar


Sesi persekolahan bersemuka dilakukan mengikut sistem penggiliran bagi mengurangkan bilangan pelajar pada satu-satu masa di kawasan sekolah. Beberapa pelajar dilihat hadir ke SMKTT, Ampang bagi mengikuti kelas. - Astro AWANI/Shahir Omar


Antara pelajar yang hadir ke SMKTT, Ampang bagi memulakan sesi pembelajaran pada pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka. - Astro AWANI/Shahir Omar