awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah rintis Johor diyakini tingkat kualiti pendidikan - MB

Bernama
Bernama
28/07/2024
21:15 MYT
Sekolah rintis Johor diyakini tingkat kualiti pendidikan - MB
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata guru-guru yang terlibat akan dipersiap dengan kurikulum dan ilmu yang diperlukan sebelum program bermula pada Februari 2025. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sekolah rintis Johor yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun depan, diyakini dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan kejayaannya dijangka dapat dilihat dalam tempoh satu atau dua tahun.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata guru-guru yang terlibat akan dipersiap dengan kurikulum dan ilmu yang diperlukan sebelum program bermula pada Februari 2025.
Beliau berkata cadangan gerak kerja yang akan dilaksanakan berhubung sekolah rintis itu juga telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan gerak kerja itu sedang diperhalusi pihak Kementerian Pendidikan (KPM).
"Saya ada keyakinan, menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan, program ini boleh berjaya dan meningkatkan kualiti pendidikan sekurang-kurangnya di empat sekolah (yang akan terlibat)," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin serta Pengarah Pendidikan Johor Mohd Hanafi Samad.
Pada Sabtu, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri berhasrat melancarkan sekolah rintis Johor bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
Beliau berkata langkah itu adalah selari dengan titah Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.
Menurut Onn Hafiz sebagai permulaan, ia akan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang akan ditentukan Jabatan Pendidikan negeri dan tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah rintis Johor
#kualiti pendidikan
#onn hafiz ghazi
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan