KUALA LUMPUR: Satu Sekretariat Khas telah diwujudkan sebagai pusat tumpuan utama untuk menangani isu tuntutan kumpulan Sulu dalam memastikan perbincangan dan penyelarasan yang lebih teratur, sistematik dan melibatkan semua pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penubuhan Sekretariat Khas yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 17 Feb lepas itu dipengerusikan beliau dengan timbalan pengerusi ialah Peguam Cara Negara II atau penggantinya.
"Keahlian lain terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, Majlis Keselamatan Negara, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Peguam Besar Sabah dan pakar-pakar perundangan tempatan," katanya pada sesi Penerangan Menteri-Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1)(i) di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Azalina berkata, satu 'war room' turut dibangunkan bagi memastikan semua tindakan yang diambil sentiasa dipantau dan mendapat sokongan yang tuntas.
Jelas beliau, tujuan utama 'war room' tersebut adalah bagi memberi khidmat sokongan kepada Sekretariat Khas serta memantau kes perundangan, kenyataan media antarabangsa serta strategi global bagi menangani tuntutan kumpulan Sulu tersebut.
Azalina berkata, kerajaan juga akan memberikan satu taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada minggu depan bagi memberikan maklumat yang lebih terperinci dan berharap wakil rakyat yang terlibat dapat mengajukan segala persoalan pada taklimat tersebut.
Dalam pada itu, Azalina berkata, mana-mana tuntutan kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan award termasuk preliminary award dan final award di pelbagai bidang kuasa adalah tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh dan bermerit.
Beliau menegaskan, kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi dalam aspek kedaulatan dan keselamatan negara termasuk memfokus kepada keutamaan melindungi aset negara daripada ancaman pihak luar.
"Kerajaan Malaysia juga tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Satu Sekretariat Khas diwujudkan sebagai pusat tumpuan utama untuk menangani isu tuntutan kumpulan Sulu dalam memastikan perbincangan dan penyelarasan yang lebih teratur, sistematik dan melibatkan semua pihak, kata Azalina Otman Said. - Gambar fail
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Isu tuntutan Sulu: Ini sebab kenapa Speaker Dewan Rakyat tidak benarkan perbahasan
Azhar Azizan Harun berkata, beliau membuat ketetapan itu sebagai tanggungjawab beliau untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.