awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai

Bernama
Bernama
19/07/2024
14:30 MYT
Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai
Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.
WCE dalam kenyataan hari ini memaklumkan jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac lepas oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Kutipan tol Seksyen 11 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 94 sen hingga RM39.36," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau memuat turun aplikasi WCE App atau jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, boleh hubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau emel di [email protected].
WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering) dan apabila siapa sepenuhnya ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan yang menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seksyen 11 WCE
#Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
#laksana kutipan tol
#Taiping Selatan-Trong-Beruas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan