awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekumpulan lelaki 'merusuh' di sekitar Ipoh

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
14/12/2017
10:26 MYT
Sekumpulan lelaki 'merusuh' di sekitar Ipoh
Lebih 20 lelaki merusuh d9i depan Dewan Bandaran Ipoh di sini.
Lebih 20 lelaki yang sebahagiannya lengkap bertopeng merusuh dan menimbulkan kekecohan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di sini pada Khamis.
Tindakan mereka mengherdik serta melaungkan slogan berbaur ganas menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut dalam kejadian kira-kira 2.30 petang ini.
Selain di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang juga merupakan lokasi tumpuan pelancong, situasi sama turut berlaku di beberapa sekolah sekitar Ipoh. Bagaimanapun, ia hanya melibatkan kumpulan kecil.
Namun, tindakan pantas pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berjaya meredakan situasi 'tegang' itu serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Pasukan polis sedang menjalankan latihan menghadapi PRU14.
Pasukan polis sedang menjalankan latihan menghadapi PRU14.
Turut kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis melakukan sekatan jalan raya dengan membawa kayu cota, perisai untuk mengawal rusuhan itu.
Situasi membimbangkan itu bagaimanapun hanya satu latihan dan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam berdepan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby ketika dihubungi Astro AWANI berkata, perkara itu hanya latihan pihaknya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Katanya, latihan itu dilancarkan serentak di seluruh negara pada November lepas dan latihan amal itu kini berada di fasa keempat.
"Latih amal itu diadakan bertujuan sebagai persiapan pasukan untuk menghadapi PRU akan datang. Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan gusar dengan pergerakan pihak polis," katanya yang memberitahu fasa kelima pula akan diadakan pada esok (Jumaat).
Latih amal itu meliputi semua elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) daripada Bukit Aman sehingga ke IPD serta pasukan bantuan yang akan dikerahkan pada waktu yang diperlukan.
Ia membabitkan lima fasa utama latihan iaitu fasa sebelum pembubaran Parlimen, fasa penamaan calon, fasa tempoh berkempen kemudian fasa hari mengundi dan terakhir fasa pengumuman keputusan pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Dewan Bandaran Ipoh
#IPD Ipoh
#KDNKA
#latihan amal
#merusuh
#PDRM
#polis
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan