Skip to main content

Malaysia

Sekuriti makanan: Ini antara penyelesaian teknologi ditawar MOSTI

61525173284_Padi.jpg
KUALA LUMPUR: Krisis makanan di peringkat global sudah tentu mencetuskan keresahan buat semua negara di dunia dan tidak terkecuali Malaysia yang banyak bergantung kepada import makanan.

Untuk itu, berikut adalah 46 penyelesaian teknologi yang ditawarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi meningkatkan sekuriti makanan negara dalam tempoh jangka masa pendek.

Kesemua penyelesaian teknologi ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang dibiayai oleh kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOSTI memaklumkan penyelesaian itu merangkumi beberapa kluster seperti berikut:

  • Kluster biji benih, bio-baja dan baja penggalak
  • Kluster penggunaan dron dan robotik
  • Kluster perkhidmatan ujian dan aplikasi internet kebendaan (IoT)
  • Kluster akuakultur serta makanan ternakan
  •  
Manakala antara teknologi penyelesaian ditawarkan sumber utama tenaga adalah:

  • Penggunaan automasi sistem fertigasi
  • Pertanian menegak
  • Akuaponik digandingkan
  • Teknologi IoT
  • Teknologi blockchain
  • Kecerdasan buatan (AI)
  • Biobaja pintar
  • Teknologi penjerap nutrien
  • Teknologi pemuliharaan tanah
  • Panel Tenaga Suria Nano (NLEP) tenaga solar sebagai sumber tenaga utama.
  • Penambahbaikan mekanisma sistem penyampaian

Selain itu, kajian dan data di lapangan oleh Agensi Nuklear Malaysia juga memperlihatkan keupayaan biobaja berpotensi menjimatkan kos sehingga 50 peratus serta hasil ditingkatkan sehingga 8 peratus.

Malah menerusi teknologi penyelesaian dijangka mampu memberi impak berkesan dalam menjamin sekuriti bekalan makanan, kos berpatutan dan pengurangan kebergantungan buruh asing.

Advertisement

Must Watch Video