KOTA BHARU: Sel kanser payudara yang menyerang kaum lelaki didapati lebih agresif berbanding dihidapi wanita malah boleh membawa maut, kata Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi.
Beliau berkata, secara purata dianggarkan sekurang-kurangnya seorang pesakit lelaki didiagnos menghidap penyakit kanser payudara setiap tahun.
Katanya, sebanyak 10 pesakit kanser payudara lelaki dilaporkan di Kelantan dalam tempoh 10 tahun dan hanya seorang masih bertahan dan meneruskan rawatan susulan berkala manakala yang lain telah meninggal dunia selepas setahun menghidap penyakit itu.
"Kurang kesedaran atau stigma golongan lelaki yang beranggapan penyakit itu dimonopoli golongan wanita, namun secara tidak sedar, lelaki sebenarnya menghadapi risiko lebih tinggi.
"Kebanyakan daripada mereka datang mendapatkan rawatan ketika kanser berada dalam keadaan teruk iaitu pada tahap tiga dan empat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tautan Kasih Kelab Kanser Payudara (KEDARA) yang disempurnakan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dihadiri 100 peserta di Hotel Perdana, di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Dr Imi Sairi berkata, lebih 8,000 pesakit kanser payudara termasuk golongan wanita dan lelaki dikenal pasti di negara ini setakat tahun lepas.
Menurutnya, di HRPZ II secara purata terdapat 150 pesakit yang berdaftar dan disahkan menghidap penyakit tersebut dalam setahun.
"Memang tidak dinafikan, pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah mereka yang membuat pilihan terakhir selepas mendapatkan rawatan dengan bomoh secara 'belah batin' dan minuman penawar yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit itu.
"Dalam masa sama, masyarakat juga perlu peka dan berhati-hati dengan sebarang produk atau suplemen serta klorofil untuk mengubati kanser, tetapi sebenarnya produk itu boleh merangsang pertumbuhan sel kanser," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021

Secara purata dianggarkan sekurang-kurangnya seorang pesakit lelaki didiagnos menghidap penyakit kanser payudara setiap tahun. - Gambar hiasan

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).

Dua wanita Orang Asli dibantu Medevac dapatkan rawatan di hospital
Dua pesakit selamat tiba di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 11 pagi sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans.

Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu sama ada pengadu kongsi gambar lucah
Kali pertama Firdus Wong lihat gambar payudara itu ialah hari ini.

Penting buat saringan kanser payudara tapi masih ramai tak peduli
Pakar perubatan meletakkan risiko kanser payudara untuk wanita di Malaysia, seorang dalam setiap 20 orang.

Segan, tidak biasa antara punca ramai enggan jalani saringan kanser prostat, payudara
Terdapat kecenderungan dalam kalangan rakyat yang hanya akan menjalani pemeriksaan di klinik hanya selepas dikesan mempunyai penyakit.

Sel kanser payudara lebih agresif serang lelaki - Pakar
Secara purata dianggarkan sekurang-kurangnya seorang pesakit lelaki didiagnos menghidap penyakit kanser payudara setiap tahun.

Pejuang kanser berdepan kesan biologi, sosial, psikologi dan rohani ketika PKP
Sekurang-kurangnya 5,000 kes melibatkan pejuang kanser dilaporkan memerlukan bantuan kewangan dan bekalan asas berikutan terjejas akibat COVID-19.

Ini kisah pejuang kanser payudara tahap tiga
Penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita itu tidak seharusnya mematahkan harapan untuk para pesakit berjuang melawannya.

Memerangi kanser payudara ketika pandemik COVID-19
Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.

Pelakon John Travolta umum berita sedih, isterinya Kelly Preston pergi buat selamanya
Isteri John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad akibat kanser payudara.