MALAYSIA
Selangor arah projek dekat sungai, kawasan penduduk perkemas aspek keselamatan - Exco

Izham berkata walaupun langkah keselamatan sedia ada dilihat sebagai mencukupi, terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira dan ditambah baik. - Gambar fail
SHAH ALAM: Semua projek yang dilaksanakan di tebing sungai serta berdekatan dengan tempat tumpuan penduduk di negeri ini diarahkan supaya memperkemaskan lagi aspek kawalan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Ringkasan AI
- Semua projek di tebing sungai dan kawasan berhampiran penduduk di Selangor diarahkan memperkemas kawalan keselamatan susulan insiden dua kanak-kanak lemas di kawasan pembinaan Selangor Maritime Gateway (SMG) di Seksyen 24, Shah Alam.
- Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim menjelaskan projek tersebut belum bermula dan kawasan korekan sungai menyebabkan air bertakung; arahan telah dikeluarkan agar projek SMG berhampiran penduduk menyediakan penahan dan penutup kawasan.
- KPM dan pihak berkuasa diingatkan agar aspek keselamatan di kawasan sungai diberi perhatian serius bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutama melibatkan kanak-kanak dan komuniti setempat.
"Projek itu di bawah SMG dan belum bermula...jadi bila mereka buat korekan sungai mereka sediakan satu kawasan penampan yang menyebabkan ada air yang bertakung di situ, dan kita telah bagi arahan kepada semua projek SMG di Sungai Klang ini kalau dekat dengan kawasan penduduk buat penahan dan tutup terus.
"Kita harap perkara ini dapat membantu dan kita juga mengingatkan supaya soal keselamatan di kawasan sungai ini perlu diambil berat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata dua kanak-kanak terbabit masing-masing berusia sembilan dan 12 tahun dipercayai telah mandi di kawasan tapak projek tersebut sebelum kejadian malang itu berlaku.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami