awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor arah semua aktiviti di rezab sungai dihentikan serta merta

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
04/09/2013
09:35 MYT
Selangor arah semua aktiviti di rezab sungai dihentikan serta merta
Kerajaaan Selangor hari ini mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan semua permohonan menjalankan aktiviti di kawasan rizab sungai berkuatkuasa serta merta.
Arahan itu dikeluarkan ekoran kejadian pencemaran tumpahan diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rantau Panjang dihentikan tugas untuk sementara hingga menyebabkan kira-kira sejuta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau kesal dengan kejadian seumpama itu dan tidak mahu ia berulang lagi.
"Kejadian ini menyusahkan rakyat terutama mereka yang berkeluarga apabila bekalan air terputus di beberapa daerah di Selangor.
"Kita mengarahkan PBT untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti dan pemantauan ketat harus dilaksanakan di kawasan rizab sungai terutama melibatkan aktiviti tidak berlesen," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Justeru, kerajaan Selangor menyarankan kerajaan pusat supaya mempertingkat penguatkuasaan undang-undang alam kerana semakin kerap berlaku kecuaian hingga menyebabkan kes pencemaran.
"Kita menyarankan kerajaan pusat khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menguatkuasakan prinsip pencemar membayar dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Melalui akta itu setiap kos kerosakan dan kos membaiki kerosakan akibat pencemaran itu ditanggung sepenuhnya oleh individu atau syarikat yang menyebabkan pencemaran berlaku," katanya.
Pada masa sama, kerajaan negeri bersama agensi seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar serta semua PBT di Selangor akan terus bekerjasama memantau dari semasa ke semasa.
Jumaat lalu, warga kota terputus bekalan air kerana diesel tumpah ke dalam sungai hingga menyebabkan tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan.
Tumpahan diesel itu dipercayai dari sebuah kawasan perusahaan yang beroperasi di Rawang.
Topic Berkaitan
#Arahan
#rezab sungai
#Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan