awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dituduh cuba bunuh anak berusia tiga tahun
Laluan hijau tingkat kecekapan ketibaan penumpang di KLIA 1 - Loke
Bekas jaguh beregu negara Tan Yee Khan meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor banteras habis-habisan pembuangan sampah haram - MB

Bernama
Bernama
26/01/2026
09:31 MYT
Selangor banteras habis-habisan pembuangan sampah haram - MB
Amirudin (kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin hadir pada Majlis Amanat Tahun Baharu Negeri Selangor 2026 hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membanteras habis-habisan isu pembuangan sampah haram di seluruh negeri tahun ini, dengan tindakan lebih tegas, penyelarasan menyeluruh serta peruntukan khas bagi memastikan persekitaran lebih bersih dan berkualiti untuk rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu diambil susulan tuntutan rakyat yang mahukan respons lebih pantas dan perkhidmatan lebih berkesan, khususnya dalam aspek kebersihan dan pengurusan sisa pepejal.
"Kita akan pastikan tiada lagi kawasan pembuangan sampah haram di Selangor. Saya akan turun sendiri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua pihak berkaitan untuk membanteras isu ini secara menyeluruh," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini hari ini.
Beliau menegaskan isu pengurusan sampah tidak boleh lagi diselesaikan dengan sikap saling menyalahkan antara agensi, sebaliknya memerlukan kerjasama berpasukan yang lebih tersusun.
Amirudin turut menuntut kerjasama erat antara KDEB Waste Management (KDEBWM), PBT serta semua pihak berkaitan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
"Kita tidak boleh lagi beralih tanggungjawab. Masalah ini perlu diselesaikan secara bersama dan mereka yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tegas," katanya.
Sebagai langkah konkrit, kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta di bawah Inisiatif Khas Kita Selangor 2026 bagi kerja pembersihan dan pengindahan kampung-kampung di seluruh Selangor, khususnya kawasan yang berdepan masalah kutipan sampah tidak cekap.
Beliau berkata kerajaan negeri juga optimis bahawa pendekatan tegas, kerjasama menyeluruh serta kemudahan baharu seperti loji Waste to Energy (WTE) yang dijadualkan siap pada Mac 2026 akan membantu Selangor mencapai persekitaran yang lebih bersih dan lestari.
Dalam sidang media berasingan, Amirudin berkata operasi pembersihan akan memberi tumpuan kepada kawasan titik panas yang sering menerima aduan, termasuk daerah Hulu Langat serta kawasan aktiviti inap desa dan chalet.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#pembuangan sampah haram
#Selangor banteras habis-habisan
#Amirudin Shari
#Menteri Besar Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan