SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bakal membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kelembapan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor baru-baru ini yang mengarahkan Exco Industri dan Perdagangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Perbendaharaan Negeri Selangor (PWN) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor untuk membentuk jawatankuasa berkenaan.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan merangka dan mencadangkan penyelesaian bagi menyerap kesan daripada krisis ekonomi sekiranya ia berlaku pada tahun hadapan.
"Jika kita lihat ada peningkatan inflasi yang tidak terkawal di samping kegiatan ekonomi yang belum cukup rancak untuk menampung inflasi tersebut, ini mungkin disebabkan oleh 'helicopter money' atau cetakan wang yang dibuat ketika krisis.
"Jadi kita cuba melibat kemungkinan dan langkah yang dibuat oleh kerajaan Selangor apabila tiba masanya atau sebelum (kelembapan ekonomi berlaku)," katanya semasa sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor boleh membantu rakyat negeri berkenaan yang terkesan akibat krisis ekonomi seperti menyediakan pakej-pakej rangsangan dan bakul makanan.
Namun katanya, ia hanya mampu menyerap sedikit impak daripada krisis ekonomi dan bersifat sementara.
"Jadi apa yang kita buat ialah bagaimana langkah yang berkesan untuk menjana ekonomi.
"Sebagai contoh, ekonomi industri pengeluaran terganggu, tapi sektor pengangkutan bergerak lebih pantas dan memberikan sumbangan kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
"Kita bukan nak halang mereka daripada berbelanja, tapi kita perlu berfikir dengan bijak dalam tempoh terdekat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 26 2022

Amirudin berkata, kerajaan Selangor boleh membantu rakyat negeri berkenaan yang terkesan akibat krisis ekonomi, namun ia hanya mampu menyerap sedikit impaknya dan bersifat sementara. - Gambar fail/BERNAMA
12,569 kes dan 581 kematian akibat jangkitan mpox di Congo
WHO melaporkan 12,569 kes mpox dan 581 kematian berkaitan di Republik Demokratik Congo setakat 12 November tahun ini.
Lagi dua kes baharu jangkitan cacar monyet dikesan
KKM merekodkan dua kes baharu jangkitan mpox atau cacar monyet, membabitkan dua lelaki warga tempatan.
AWANI Boreno [30/11/2023] – 'Sabah teguh rakyat terbela' | Lupakan perbezaan politik | Muzium budaya Borneo
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 30 November 2023
Belanjawan Sabah 2024 dilulus.
Pemimpin politik Sabah diminta bersatu tuntut hak negeri.
41 Warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak.
#AWANInews #MalaysiaBangkit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANIBorneo 30 November 2023
Belanjawan Sabah 2024 dilulus.
Pemimpin politik Sabah diminta bersatu tuntut hak negeri.
41 Warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak.
#AWANInews #MalaysiaBangkit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Laporan polis Wahab dedah identiti Mr H
Laporan yang dibuat oleh Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani adalah untuk mendedahkan identiti Mr H.
Tun Juhar terima kunjungan hirmat Tun Ali Rustam
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Seri Kinabalu
41 warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara 41 barangan bersejarah berasal daripada pulau terbesar di Asia itu.
Petrosniaga jamin tiada caj tambahan tukar silinder LPG
Petrosniaga dalam kenyataannya berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan kementerian utiliti dan telekomunikasi sarawak untuk memastikan tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder lpg lain kepada silinder LPG Petros atau gas Petronas selain kos pengisian semula.
Sarawak tawar banyak kelebihan kepada syarikat asing
Sarawak menawarkan banyak peluang dalam perniagaan, perdagangan dan riadah. Kami kini mempromosikan ekonomi digital dan hijau, memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyahkarbonan
Pemegang taruh industri perlu jauhi transaksi tidak beretika
Malaysia perlu diangkat sebagai hab ekonomi halal berdaya maju memandangkan industri itu berpotensi tinggi dengan nilai ekonomi global mencecah AS$5 trilion (RM23.26 trilion) menjelang 2030.
Kerajaan dalam proses gubal dasar pengurusan risiko bencana
Kerajaan dalam proses menggubal Dasar Pengurusan Risiko Bencana dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu akta khusus dalam usaha meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana seperti banjir pada masa depan.

Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.

Selangor pertimbang perluas Jom Shopping untuk perayaan Krismas
Kerajaan Selangor akan mempertimbang untuk memperluaskan Program Pemberian Bantuan Secara Baucar untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan (Program Jom Shopping) bagi perayaan Krismas.

Kejayaan SAS dan SIBS 2023 buka ruang Selangor sebagai hab pelaburan serantau
SAS 2023 yang dianjurkan pada 7 hingga 9 September berjaya mencatat sebanyak RM823 juta potensi nilai transaksi.

Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.

Selangor peruntuk RM2.53 bilion dalam Belanjawan 2024
Belanjawan Selangor 2024 turut mengalami defisit berjumlah RM330 juta, namun lebih rendah berbanding tahun lalu dengan pengurangan sebanyak RM120 juta.

Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak semakin meningkat
Seramai 1,250 mangsa banjir di Selangor dan Perak ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 malam ini.

Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak terus mencatatkan peningkatan malam ini.

Selangor timbang wujud kerangka sektor ekonomi penjagaan - Amirudin
Amirudin berkata kerangka berkenaan akan mengelakkan kerjaya kaum wanita daripada tersekat berikutan tanggungjawab terhadap keluarga.

MamaKerja: Selangor beri insentif RM1,000 kepada ibu bekerja
Seramai 5,000 ibu bekerja yang layak di Selangor boleh memohon Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja) mulai 1 Nov ini untuk menikmati RM1,000 secara sekali bayar.

Selangor lancar portal SelGDX, platform perkongsian data bersepadu rentas agensi
Negeri Selangor hari ini melancarkan Portal Selangor Government Data Exchange (SelGDX), satu platform perkongsian data bersepadu merentasi agensi-agensi negeri dan sektor awam di Selangor.