Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Tanah Rizab Melayu Selangor meningkat 2,680 ekar sejak 2018 - MB

SHAH ALAM, 3 Ogos -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) menjawab pertanyaan media selepas hadir pada Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Amirudin, jumlah keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Selangor bertambah daripada 400,711 ekar kepada 403,391 ekar di bawah pentadbiran kerajaan negeri ketika ini. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat sebanyak 2,680 ekar sejak 2018, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan tanah berkenaan bertambah daripada 400,711 ekar kepada 403,391 ekar di bawah pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

“Sejak tahun 2018, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor di bawah pentadbiran ini telah meningkat sebanyak 2,680 ekar berbanding kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Amirudin berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai status Tanah Rizab Melayu di Sabak Bernam.

Menurutnya, tanah seluas 55.401 ekar di Tanjong Karang diwartakan keluar pada 3 September lalu bagi pembangunan Sabak Bernam Development Area (SABDA).

Bagaimanapun, tanah dengan keluasan sama, iaitu 55.401 ekar di Hulu Selangor, turut melalui proses pewartaan sebagai Tanah Rizab Melayu.

“Langkah itu bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan tempatan dengan kepentingan Tanah Rizab Melayu,” jelasnya.

SABDA merupakan usaha kerajaan negeri membangunkan kawasan utara Selangor bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan mengembangkan potensi agropelancongan di pesisir pantai barat.

Menurut Amirudin, pembangunan berkenaan juga dijangka meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Inisiatif itu diterajui anak syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), dengan penglibatan komuniti tempatan termasuk nelayan, usahawan serta ahli akademik.


 

Must Watch Video

Advertisement