awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor dapatkan khidmat perunding bagi pelan bagi pengurusan air

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
19/08/2015
04:30 MYT
Selangor dapatkan khidmat perunding bagi pelan bagi pengurusan air
Pelan tersebut bakal meliputi mempelbagaikan sumber air serta pengoperasian loji. - Gambar hiasan
Kerajaan Selangor telah mendapatkan khidmat perunding dalam wujudkan pelan kerangka utama bagi pengurusan sumber dan bekalan air di negeri itu.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pelan tersebut bakal meliputi mempelbagaikan sumber air serta pengoperasian loji.
"Ini untuk menjamin bekalan air untuk rakyat bukan sahaja bagi masa sekarang tetapi juga di masa hadapan," kata beliau ketika di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam pagi tadi.
Tambah beliau, kajian terperinci yang dibuat akan menjurus kepada sumber air, permintaan serta agihan air untuk negeri tersebut.
Selain itu, projek baik pulih loji rawatan air Sungai Langat akan dilaksanakan bagi memastikan loji boleh beroperasi sehingga mencapai pengeluaran 500 juta liter air sehari.
Menurut Zaidy, projek ini berada dalam proses penilaian tender.
Pada masa sama, kerajaan negeri juga sedang meneliti pembinaan loji-loji baharu bagi menampung permintaan pengguna, dijangka 320 juta liter air sehari menjelang 2017.
Zaidy turut berkata bahawa kerajaan negeri akan menjalankan kempen kesedaran untuk menurunkan 20 peratus daripada penggunaan domestik iaitu antara 235 hingga 250 liter sehari bagi setiap individu.
Topic Berkaitan
#bekalan air Selangor
#Zaidy Abdul Talib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan