Selangor hadir dengan NINE, aplikasi semua dalam satu termasuk dompet digital

NINE menampilkan fungsi dompet digital sebagai komponen utama untuk memudahkan transaksi dalam satu platform. -Amanz
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan aplikasi semua dalam satu atau super-app dinamakan NINE, yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri termasuk sokongan dompet digital.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Selangor melancarkan aplikasi super-app NINE yang menyatukan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri termasuk pembayaran parkir, akses majlis perbandaran, dan pengangkutan awam.
- NINE menampilkan fungsi dompet digital sebagai komponen utama untuk memudahkan transaksi dalam satu platform.
- Aplikasi ini dibangunkan oleh Wavpay Fintech Holding dan boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.
Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan log masuk tunggal (SSO) untuk mengakses pelbagai sistem dan perkhidmatan kerajaan negeri secara lebih mudah dan selamat.
Aplikasi ini dibangunkan oleh Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd dan boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami