awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor kaji cadangan kurangkan cukai kepada pengusaha hotel, penginapan

Bernama
Bernama
27/08/2021
04:21 MYT
Selangor kaji cadangan kurangkan cukai kepada pengusaha hotel, penginapan
Loy Sian berkata pihaknya turut meneliti dan mengkaji kesan pengurangan bagi setiap pihak berkuasa tempatan (PBT). - Foto fail
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedang meneliti dan mengkaji cadangan untuk mengurangkan atau menangguhkan pengenaan cukai pintu, cukai tanah dan permit perniagaan terhadap pengusaha hotel dan penginapan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata susulan cadangan tersebut, pihaknya turut meneliti dan mengkaji kesan pengurangan bagi setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kalau kita bagi pemotongan cukai pintu dan cukai tanah, ia akan memberi impak kewangan kepada PBT, kerana hasil utama kerajaan negeri adalah melalui cukai tanah dan cukai pintu. Kalau kita memberikan 100 peratus pemotongan cukai, saya rasa ia akan memberi impak yang sangat teruk kepada kutipan hasil PBT.
"Sebab itulah kita sedang bermesyuarat dengan setiap PBT supaya kita boleh mendapatkan maklumat berapakah hotel dan persatuan (industri pelancongan) di Selangor. Kita sedang meneliti dan satu laporan lengkap akan kita sampaikan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) akan datang," katanya.
Hee menjawab soalan tambahan Juwairiya Zulkifli (PH-Bukit Melawati) yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung penangguhan cukai bagi membantu industri perhotelan yang terlibat di Selangor.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata terdapat sebanyak 111 projek perumahan terbengkalai yang belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat di Selangor melibatkan 15,010 unit mengikut daerah antaranya 39 projek (4,392 unit) di Klang, 20 projek (752 unit) di Kuala Langat, 13 (3,303 unit) di Hulu Langat dan 11 (3,066 unit) di Gombak.
Rodziah menjawab soalan Lee Kee Hiong (PH-Kuala Kubu Baharu) yang ingin mengetahui jumlah dan unit projek perumahan terbengkalai yang belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat di Selangor mengikut daerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#hotel
#Penginapan
#Selangor
#Hee Loy Sian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan