PUTRAJAYA: Selangor dan Pulau Pinang telah mencapai 90 peratus penembusan pembayaran digital sehingga Oktober 2023, kata Pengarah Kanan Bahagian Digitalisasi Kerajaan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Firdaus Ghani.
Kadar penembusan pembayaran digital di Kedah pula telah mencapai 80 peratus, Perlis lebih 60 peratus, Johor lebih 50 peratus dan Perak kira-kira 49 peratus, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kempen 'Cashless Boleh 3.0' dan program bual bicara berkenaan pembayaran digital di sini hari ini.
"Pencapaian Selangor dan Pulau Pinang itu adalah hasil kerjasama pengurusan tertinggi negeri yang menggalakkan pembayaran tanpa tunai yang bertujuan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan hasil kerajaan," katanya.
PayNet adalah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia dan mengendalikan kemudahan pembayaran digital kegunaan umum seperti DuitNow, DuitNow QR dan JomPay.
PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan konsortium yang terdiri daripada 11 bank tempatan.
Kempen 'Cashless Boleh' bertujuan menggalakkan tabiat e-pembayaran atau tanpa tunai sebagai kaedah pembayaran utama di Malaysia. Kempen tersebut juga untuk membantu migrasi agensi kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah mencapai kutipan pembayaran 100 peratus tanpa tunai.
Terdahulu dalam sesi bual bicara berkenaan pembayaran digital sektor awam yang disertai wakil-wakil agensi kerajaan yang berkongsi mengenai pengalaman melaksanakan kaedah pembayaran tanpa tunai di agensi masing-masing.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata agensi itu sering kali berdepan masalah kewangan contohnya cek tidak laku, isu pembayaran tidak sah atau kehilangan wang tunai sebelum beralih ke kaedah pembayaran tanpa tunai.
Menurutnya, Jabatan Imigresen telah mencapai 100 pembayaran tanpa tunai sejak Disember 2020 dan masih mengekalkan kadar tersebut sehingga kini.
"Dengan cashless, kini tiada masalah berbangkit. Pendekatan yang kita ambil boleh dikatakan kita guna 'paksa rela' iaitu tiada urusan menggunakan wang tunai.
"Memang terima pelbagai aduan terutamanya daripada pihak pemegang taruh tetapi sokongan yang diterima daripada pengurusan tertinggi membantu kami meneruskan inisiatif ini," katanya.
Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) D. Dhanesh Kumar berkata antara cabaran dalam pelaksanaan pembayaran tanpa tunai ialah penerimaan masyarakat, literasi digital dan ketersediaan infrastruktur di sesetengah kawasan.
Menurutnya prestasi transaksi tanpa tunai melibatkan KKM telah menunjukkan peningkatan dari 426,000 transaksi pada Januari 2023 dan kini mencecah 1.2 juta transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Payment Networks Malaysia Sdn Bhd Farhan Ahmad (kiri) pada pelancaran Cashless Boleh 3.0 di Putrajaya, 30 Okt 2023. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Selangor, Pulau Pinang capai 90 peratus penembusan bayaran digital
Kadar di Kedah pula mencapai 80 peratus, Perlis lebih 60 peratus, Johor lebih 50 peratus dan Perak kira-kira 49 peratus.
Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
Secara keseluruhannya pada tahap 81.3 peratus, peningkatan lebih 22 peratus dari 58.8 peratus sejak 2021.
PDPW: Melahirkan modal insan penuhi keperluan industri keselamatan siber
Landskap keselamatan siber di Malaysia yang kompleks dan sentiasa berkembang memerlukan langkah proaktif dalam menanganinya sama ada di peringkat perniagaan mahupun individu.
Digital ID: Ini trend baharu pembayaran digital yang wajar diberi perhatian!
Pengenalan Digital akan memastikan ekosistem pembayaran digital negara ini lebih selamat, melindungi data pengguna sekali gus mencegah penipuan siber.
PDPW: Transaksi kewangan, pembayaran digital dijangka terus meningkat
Ia selepas pandemik COVID-19 telah memacu penembusan pembayaran digital di negara ini kepada lebih 30 peratus.
Pelancong Thailand boleh guna QR DuitNow di Malaysia melalui Boost
Sheyantha berkata, syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam penyelesaian pembayaran digital.
Pembayaran digital kekal sebagai pemacu utama digitalisasi PKS
Kaedah pembayaran secara digital kekal menjadi pemacu utama bagi usaha pendigitalan kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
Peratusan rakyat Malaysia guna pembayaran tunai turun kepada 78 peratus - PayNet
Rakyat Malaysia masih lagi banyak menggunakan tunai bagi pembayaran, namun pergantungan kepada tunai telah susut, sama seperti dapatan di negara-negara lain.
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Touch 'n Go dapat kelulusan Bank Negara untuk E-dompet mudah alih
Perkhidmatan yang menggunakan platform teknologi Alipay, akan diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha samanya dengan Ant Financial Group (Ant Financial).