SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mempertingkatkan kadar vaksinasi sehingga 300,000 dos sehari menjelang hujung bulan ini dalam usaha menurunkan angka kes jangkitan COVID-19 seterusnya bersedia beralih ke fasa kedua atau fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir Ogos ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil mesyuarat dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat lepas, Selangor perlu meningkatkan dos vaksinasi kepada 272,000 dos daripada 165,000 dos sehari yang dipersetujui sebelum ini.
Beliau berkata, jumlah itu hasil daripada pelaksanaan program Selangor Vaksin (Selvax), PICK dan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) yang dijalankan serentak di negeri ini.
"Melalui Selvax juga kita mampu tambah lagi 40,000 dos sehari, jadi saya rasa kita boleh capai lebih 270,000 ke 300,000 dos sehari," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, perkara itu selaras dengan usaha kerajaan Persekutuan melalui Operasi Lonjakan Kapasiti yang dilaksanakan bagi memastikan penduduk dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang 1 Ogos ini.
"Kalau semua dapat berjalan dengan betul, hujung Ogos saya rasa Selangor dah boleh masuk ke fasa kedua atau ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara dengan angka kes jangkitan dapat dikurangkan, sebagaimana data dan usaha yang telah dilakukan di Labuan," katanya.
Amirudin berkata, setakat ini Selangor sudah mencapai lebih 13 peratus penduduk dewasa telah lengkap divaksinasi manakala yang mendapat dos pertama sudah mencecah 40 peratus.
Beliau berkata, Selangor adalah negeri tertinggi kadar vaksinasi harian di seluruh negara iaitu lebih 100,000 dos sehari dan angka itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Katanya, kadar vaksinasi itu akan ditambah melalui pertambahan 30 ke 40 peratus jurusuntik melalui kerjasama dengan pihak hospital dan klinik swasta serta pertambahan waktu operasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Kita akan tambah waktu bekerja, ada cadangan 24 jam tapi kalau ikut perancangan sedia ada sampai pukul 10 malam pun kita boleh capai sasaran itu, tapi kita akan tengok dari segi kesesuaian masa, tempat dan keadaan PPV," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang dan tapak pembinaan serta badan bukan kerajaan untuk memastikan pelarian dan pendatang tanpa izin juga divaksinasi.
"Mereka juga harus divaksinasi untuk kita mencapai imuniti kelompok, kalau mereka tidak dilindungi mereka boleh menjadi pembawa virus itu ke dalam masyarakat," katanya dan memaklumkan dianggarkan kira-kira 500,000 pelarian Rohingya berada di Selangor. - Bernama
Bernama
Mon Jul 19 2021
Amirudin Shari berkata, hasil mesyuarat dengan Khairy Jamaluddin, Selangor perlu meningkatkan dos vaksinasi kepada 272,000 dos daripada 165,000 dos sehari yang dipersetujui sebelum ini. - Gambar BERNAMA
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
SDEC 2024 buka tirai, pacu perbincangan tentang AI, inovasi semikonduktor & pendigitalan PKS
Tiga hari SDEC 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membawa tema Building a Smarter Malaysia: Unleashing AI & Semiconductor.