NATIONAL
Selangor teliti garis panduan wajibkan AED di tempat awam

Jamaliah berkata sebanyak 56 unit AED telah ditempatkan di bangunan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, dan anak syarikat, sebagai langkah proaktif. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan dan berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha mewajibkan penyediaan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di kawasan awam dan tumpuan umum.
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan bagi mewajibkan penyediaan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di kawasan awam, dengan fokus kepada pendidikan dan capaian yang jelas untuk rakyat.
- Sebanyak 56 unit AED telah ditempatkan di bangunan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, dan anak syarikat, sebagai langkah proaktif untuk menyediakan bantuan kecemasan awal kepada orang awam.
- AED berperanan meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa apabila digunakan bersama CPR, dan kerajaan negeri menggalakkan kesedaran orang awam terhadap prosedur bantuan awal bagi kes kecemasan jantung.
"CPR merupakan tindakan awalan yang dapat kita laksanakan bagi menyelamatkan nyawa dan alat AED secara tidak langsung dapat menambah peratusan peluang untuk (mangsa) diselamatkan apabila ia dilaksanakan bersekali dengan CPR," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Selangor juga telah menyediakan 56 unit alat AED untuk ditempatkan di bangunan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat mulai Februari lepas.
Jamaliah memaklumkan usaha itu secara tidak langsung menjadi capaian bantuan rawatan awal kepada orang awam yang ditimpa kecemasan di premis kerajaan negeri.
"Insiden jantung terhenti boleh berlaku bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang umur atau situasi kesihatan.
"Dalam kebanyakan kes, peluang untuk terus hidup bukan bergantung kepada doktor atau jururawat sahaja tetapi kita sebagai orang awam yang kebetulan atau mungkin berada di tempat kejadian dapat mengubah senario tersebut," katanya.
Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari ketika Majlis Penyerahan AED pada 25 Feb lepas memaklumkan inisiatif penyediaan 56 unit alat berkenaan melibatkan peruntukan RM492,000 itu, sebagai antara langkah proaktif kerajaan untuk memastikan bantuan kecemasan awal dapat disediakan kepada mereka yang memerlukan khususnya di tempat awam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami