awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor

Bernama
Bernama
07/01/2025
15:30 MYT
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
NG: Latar belakang pengalaman mereka yang luas dalam rantaian bekelan penting untuk terus memacu semikonduktro Selangor ke hadapan. - Foto FB Ng Sze Han
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Semikonduktor negeri, sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus meletakkan negeri itu di hadapan dalam industri berkenaan.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata pasukan petugas yang bakal dipengerusikannya itu akan mengadakan sekurang-kurangnya empat mesyuarat setiap tahun bagi menyelaraskan usaha dalam pelbagai aspek industri termasuk rantaian bekalan, pembangunan bakat dan perancangan strategik.
Beliau berkata anggota lain dalam pasukan petugas itu termasuk perunding Foxconn Datuk Lai Yit Long, Ketua Pegawai Maklumat Khazanah Nasional Datuk Hisham Hanidan, pengasas dan Pengerusi BlueChip VC Datuk Seri PY Lai dan Pengarah Urusan The Hive Southeast Asia Datuk Syed Haizam Jamalullail.
"Latar belakang pengalaman mereka yang luas dalam rantaian bekelan penting untuk terus memacu semikonduktro Selangor ke hadapan.
"Saya juga yakin kepakaran kolektif setiap individu berkenaan mampu memperkemaskan lagi inisiatif kerajaan negeri ini, ke arah menjadikan Selangor sebagai peneraju dalam sektor semikonduktor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ng berkata hala tuju pasukan petugas berkenaan antaranya pembangunan empat taman reka bentuk litar bersepadu (IC) bagi tempoh lima tahun akan datang, yang direka bagi menarik antara 20 hingga 30 firma semikonduktor utama baik dari dalam mahupun luar negara.
"Usaha ini dijangka menjana kira-kira RM100 bilion dalam hasil eksport dan RM38 bilion potensi pendapatan selain mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri teknologi tinggi global," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga menyasarkan untuk memupuk pertumbuhan lima hingga lapan syarikat reka bentuk IC tahap 'unicorn' dan memajukan industri semikonduktor Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) Yong Kai Ping dalam kenyataan sama menekankan mengenai kesediaan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) untuk melatih hingga 2,000 jurutera reka bentuk IC dan 2,000 profesional dalam kejuruteraan pembungkusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#pasukan petugas semikonduktor
#Ng Sze Han
#hab reka bentuk cip global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan