KUALA LUMPUR: Selepas dipecat daripada UMNO 25 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali 'menjejakkan kaki' ke perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.
Kali terakhir beliau berucap pada PAU adalah pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain Perdana Menteri, PAU kali ini juga menyaksikan keunikan apabila 19 presiden parti yang bergabung di bawah kerajaan Perpaduan turut dijemput untuk hadir.
"Tahun ini, sedikit kelainan dan bertuah kerana PAU akan turut dihadiri Perdana Menteri bersama 19 presiden parti yang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan.
"Ini adalah saat bersejarah buat PAU yang akan disertai dengan pelbagai parti yang membentuk kerajaan," katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.
Asyraf Wajdi memaklumkan Perdana Menteri tidak akan menyampaikan ucapan sebaliknya hanya menjadi tetamu kehormat kerana agendanya adalah ucapan dasar daripada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
Beliau memberitahu PAU 2023 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 7 Jun itu akan dihadiri 6,341 perwakilan UMNO dari seluruh negara.
Menurutnya, ia membabitkan 2,888 perwakilan yang akan menghadiri PAU pada Jumaat dan Sabtu, selain 1,159 perwakilan Wanita, 1,160 perwakilan Pemuda dan 1,134 perwakilan Puteri pada Perhimpunan Agung ketiga-ketiga sayap yang akan diadakan serentak pada Khamis.
Beliau memberitahu, antara perkara yang akan disentuh pada perbahasan PAU kali ini adalah mengenai persiapan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan isu berkaitan kerjasama di bawah kerajaan Perpaduan.
"Setiap negeri akan ada wakil untuk berbahas. Pada kali ini, kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan Perpaduan, sudah tentu dijangkakan banyak usul daripada negeri untuk membicarakan soal ekonomi rakyat dan kedudukan serta kepentingan agama," jelasnya.
Dalam pada itu, Asyraf berkata, PAU kali ini juga bakal menyaksikan beberapa pindaan kepada Perlembagaan parti.
"PAU kali ini juga akan menyaksikan beberapa pindaan dibuat kepada perlembagaan parti, membabitkan peraturan mesyuarat dan mempermudahkan keahlian," katanya lagi.
Tambahnya, setakat ini sebanyak 56 agensi media termasuk 50 media tempatan yang membabitkan 458 petugas media berdaftar bagi membuat liputan PAU 2023.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 02 2023
Kali terakhir Anwar berucap pada PAU adalah pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO. - Fail/Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).