GUA MUSANG: Selepas 40 jam hilang dihanyutkan arus Sungai Nenggiri, mayat seorang remaja perempuan dijumpai terapung 15 kilometer (km) dari kawasan mangsa dilaporkan hilang di Kampung Pulau Setelu, di sini, hari ini.
Mangsa, Nur Jannatul Alia Mohd Zamri, 13 tahun, dihanyutkan arus Sungai Nenggiri ketika berkelah dan mandi-manda bersama keluarga.
Mayatnya dijumpai anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, mangsa yang berpakaian lengkap ditemui terapung di tepi sungai.
"Jenazah mangsa mati lemas telah ditemui lebih kurang jarak 15km, dijumpai oleh kumpulan SAR kita yang disertai polis, bomba, APM dan penduduk kampung.
"Mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dan dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis dan bomba.
"Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat," katanya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan keriangan 20 sekeluarga berkelah di tepi Sungai Nenggiri bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka hilang dan dikhuatiri lemas petang Jumaat lalu.
Kakak mangsa, Nur Ain, 16 tahun, bersama sepupunya Nur Asma Kamaruddin, 14 tahun, sempat diselamatkan.
Muhafandi Muhamad
Sun Mar 07 2021
Mayat Nur Jannatul Alia dijumpai anggota operasi mencari dan menyelamat pada pukul 9.30 pagi tadi. - Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.
Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
Banjir: Terengganu kembali pulih dengan semua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu.
Banjir: Situasi makin pulih di tujuh negeri
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
NGO disaran bersikap empati terhadap mangsa banjir
Bantuan PFA penting untuk diberikan kepada kerana mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari sudut psikologi.
Banjir: Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
Setakat 6 pagi Selasa, sejumlah 94,619 mangsa masih berada di 406 pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 138,042 setakat 6 pagi hari ini
Sebanyak 41,605 keluarga ditempatkan di 641 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.
Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 73,000
Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 73,390 orang di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.