SIAM REAP:GAJAH paling sunyi di dunia, Kaavan akhirnya tiba di Siam Reap untuk ditempatkan di kawasan perlindungan negara itu selepas diterbangkan dari Pakistan.

Menurut organisasi yang menguruskan perpindahannya Four Paws, Kaavan turut menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat.

Gajah berusia 35 tahun seberat 200 kilogram itu diletakkan di dalam kontena untuk menaiki pesawat selama tujuh jam.

 Four Paws memaklumkan sepanjang perjalanan, Kaavan tidak mengalami sebarang tekanan dan sihat.
 

Ketibaan Kaavan disambut mesra di Kemboja yang turut disertai selebriti popular Amerika Syarikat, Cher yang bertanggungjawab menyelamatkan Kaavan.

Cher yang mengetahui tentang kisah Kaavan menerusi Twitter, menggerakkan usaha membebaskan Kaavan sejak beberapa tahun lalu.
 

Pada lewat Isnin, Kaavan dibawa ke sebuah kem di wilayah Oddar Meanchey di utara Kemboja di mana ia akan diletakkan di dalam kandang untuk dikuarantin.

Selepas Kaavan dapat menyesuaikan diri dan berada dalam keadaan terkawal, ia  akan dibebaskan kawasan perlindungan berkenaan.

Kaavan yang merupakan hadiah dari Sri Lanka kepada Pakistan, menetap di Zoo Marghazar, Islamabad bersama pasangannya Saheli yang mati pada 2012.

Kematian Saheli memberi kesan emosi dan mental kepada Kaavan.

Keadaan bertumbuh buruk apabila mahkamah Pakistan mengarahkan zoo berkenaan ditutup.