awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas sehari, dana Tabung Harapan Malaysia sudah ada RM7 juta

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
31/05/2018
09:49 MYT
Selepas sehari, dana Tabung Harapan Malaysia sudah ada RM7 juta
Beliau turut mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang menderma kepada tabung tersebut layak untuk mendapat penolakan cukai.
Selepas sehari penubuhannya, dana keseluruhan Tabung Harapan Malaysia kini sudah mencecah lebih RM7 juta.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berasa terharu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas semangat yang ditunjukkan melalui derma tersebut.
"Setakat 3 petang hari ini, dana yang terkumpul adalah RM7,075,508.79.
"Kita akan mengumumkan dana yang terkumpul setiap hari pada jam 3 petang melalui laman web Kementerian Kewangan," kata Guan Eng.
Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang menderma kepada tabung tersebut layak untuk mendapat penolakan cukai.
"Oleh itu, sila simpan resit bagi tujuan tersebut," pesan beliau.
Apabila ditanya tentang apa yang bakal dilakukan kerajaan dengan dana yang terkumpul, Guan Eng berkata keseluruhan dana yang terkumpul akan dilakukan bagi menurunkan hutang negara.
"Dana ini tidak akan digunakan bagi kegunaan lain kecuali dengan membayar hutang negara," kata Guan Eng dalam satu sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.
Topic Berkaitan
#cukai
#dana
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan