awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana KKLW: Tempoh reman bekas Menteri Kabinet dilanjut

Bernama
Bernama
23/10/2017
09:20 MYT
Seleweng dana KKLW: Tempoh reman bekas Menteri Kabinet dilanjut
Tempoh tahanan bekas Menteri Kabinet dilanjutkan empat hari lagi.
Tempoh tahanan reman bekas Menteri Kabinet bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion dilanjutkan empat hari lagi.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Pegawai Pendakwanya Rustam Anip, Rozanna Abdul Hadi dan Faliq Basiruddin.
Rustam ketika ditemui pemberita berkata SPRM memohon supaya tempoh tahanan reman ahli politik itu dilanjutkan tujuh hari namun mahkamah cuma membenarkan empat hari.
Sebelum itu, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Hakim Ismail Brahim menolak permohonan pemimpin pembangkang itu untuk menilai semula penahanan tahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh SPRM.
Pegawai Pendakwa SPRM Rustam Sanip dalam hujahnya berkata SPRM mempunyai bidang kuasa yang sama dengan polis dan dengan itu SPRM boleh menggunakan seksyen berkenaan untuk menahan bekas Menteri Kabinet tersebut bagi melengkapkan siasatannya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen di sebuah daerah di Pantai Timur Sabah ditahan SPRM pada 19 Oktober lalu di pejabat SPRM kira-kira jam 9 malam ketika datang ke pejabat agensi berkenaan untuk memberi keterangan.
Beliau kemudian ditahan reman tiga hari bermula pada 20 Oktober bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#bekas Menteri Kabinet
#Pantai Timur Sabah
#Seleweng dana KKLW
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan