awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan

Bernama
Bernama
09/02/2026
14:06 MYT
Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan
Menurut sumber kedua-dua individu berkenaan hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 1.30 petang bagi melengkapkan proses siasatan yang sedang dijalankan terhadap pusat dakwah berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan serta pusat dakwah di Kedah, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana.
Menurut sumber kedua-dua individu berkenaan hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 1.30 petang bagi melengkapkan proses siasatan yang sedang dijalankan terhadap pusat dakwah berkenaan.
"Fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melengkapkan kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut," katanya kepada Bernama.
Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan rakaman percakapan berkenaan.
Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Terdahulu, kedua-dua suspek dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan reman pada 5 petang semalam, selepas ditahan buat kali kedua pada Jumaat lepas bagi tujuan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#seleweng dana pusat dakwah
#pendakwah bebas
#rakam percakapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan