awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng duit syarikat disyaki motif kerani wanita India dibunuh - Polis

Bernama
Bernama
05/08/2023
14:52 MYT
Seleweng duit syarikat disyaki motif kerani wanita India dibunuh - Polis
A. A. Anbalagan, berkata siasatan awal mendapati kerani kewangan berusia 41 tahun di syarikat barangan lusuh dan terpakai itu didakwa mengambil wang dari tempatnya bekerja. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Menyeleweng duit syarikat sehingga puluhan ribu ringgit dipercayai motif seorang lelaki warga India dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam guni di sebuah tapak premis besi buruk Taman Bukit Serdang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan, berkata siasatan awal mendapati kerani kewangan berusia 41 tahun di syarikat barangan lusuh dan terpakai itu didakwa mengambil wang dari tempatnya bekerja.
"Siasatan mendapati suspek dipercayai majikan mangsa itu kemudiannya membawa mangsa dan disimpan selama beberapa hari sebelum mangsa dibunuh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, seramai 13 individu termasuk tiga wanita ditahan semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, 10 suspek lelaki berumur 20 hingga 58 tahun yang merupakan ahli keluarga majikan dan rakan mangsa direman selama tujuh hari bermula hari ini manakala tiga wanita itu pula dibebaskan setelah selesai diambil keterangan.
Penemuan mayat berkenaan dilaporkan kepada pihak polis oleh orang awam pada 1.30 tengah hari, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga India
#siasatan awal
#kerani kewangan
#ahli keluarga majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan