awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2025
05:00 MYT
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan di Jalan Klang Lama, Selasa lalu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang Lama, Selasa lalu.

Ringkasan AI
  • Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan di Jalan Klang Lama, Selasa lalu.
  • Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
  • Polis sedang menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan lanjut. Dua individu cedera dalam insiden tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan berdasarkan laporan diterima berkaitan kejadian membawa kepada tangkapan empat lelaki warga tempatan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
"Tangkapan dijalankan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
"Kesemua suspek berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi dan akan direman untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, siasatan awal setakat ini mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham.
"Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa semasa berhibur.
"Setakat ini punca lain yang mengakibatkan berlakunya kejadian ini masih dalam siasatan polis," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan suasana berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini gempar apabila sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan mengakibatkan dua cedera, Selasa lalu.
Kejadian itu dirakam oleh orang awam sebelum didapati tular di media sosial memaparkan dua kenderaan berkenaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios awalnya dilihat memandu secara melulu.
Dua kenderaan terbabit secara tiba-tiba merempuh sekumpulan individu yang berada di tepi jalan dekat pusat hiburan di lokasi terbabit.
Beberapa individu dilihat cuba menghalang tindakan pemandu kedua-dua kenderaan terbabit namun gagal.
Video berdurasi 48 saat itu turut memaparkan dua kenderaan itu dilihat beberapa kali melanggar sekumpulan individu di lokasi berkenaan sebelum berlalu pergi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya daripada orang awam yang menyaksikan kejadian. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perselisihan Faham
#Jalan Klang Lama
#Toyota Hilux dan Toyota Vios
#pusat hiburan
#langgar lari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan