awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seluruh negara dijangka masuk Fasa 2 PPN awal Ogos - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/07/2021
11:18 MYT
Seluruh negara dijangka masuk Fasa 2 PPN awal Ogos - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, jangkaan itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan peralihan Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus.
Jelas beliau, negeri-negeri lain boleh mengikut jejak Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa Dua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.
"Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
"Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini," demikian katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian COVID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap "sederhana"; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Ismail Sabri
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#vaksin
#ICU
#unit rawatan rapi
#imuniti kelompok
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan