awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak arah kiblat melalui bayang matahari jam 5.18 petang ini

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2023
06:37 MYT
Semak arah kiblat melalui bayang matahari jam 5.18 petang ini
Istiwa Adzam adalah fenomena kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Rakyat Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat dengan tepat menerusi fenomena Istiwa Adzam tepat jam 5.18 petang, hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Mufti Selangor memaklumkan, Istiwa Adzam adalah fenomena kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah.
"Ketika fenomena ini berlaku, kita di Malaysia berpeluang menentukan arah kiblat melalui bayang matahari.
"Pada jam 5.18 petang, kedudukan bayang itu boleh didapatkan melalui objek yang tegak seperti tiang.
"Boleh gunakan pembaris dan pen marker dan gariskan dari hujung bayang ke arah tiang," katanya menerusi penerangan video berdurasi 1 minit 48 saat.
Katanya, tempoh penandaan arah kiblat itu boleh dibuat selama 20 minit dari tempoh tersebut.
"Bagi yang terlepas jam 5.18 petang, penandaan boleh dibuat dalam tempoh 20 minit bermula jam 5.18 petang hingga jam 5.38 petang.
"Insya-Allah arahnya masih sama. Boleh dapatkan bayang arah kiblat sempena fenomena Istiwa Adzam, " katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#semak arah kiblat
#Istiwa Adzam
#tarikh Istiwa Adzam
#Jabatan Mufti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan