KUALA LUMPUR: Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Yeah Kim Leng berkata, menerusi peningkatan kecekapan dan disiplin fiskal, kerajaan juga berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menanggung kenaikan gaji.
"Bagi memastikan kenaikan gaji tidak terkesan dengan kenaikan kadar inflasi, usaha serentak untuk meningkatkan produktiviti dalam kedua-dua sektor awam dan swasta serta meminimumkan kenaikan harga yang tidak adil diperlukan.
"Ini akan memastikan kuasa beli susulan kenaikan gaji itu tidak terkesan oleh kenaikan inflasi," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai Disember depan, antara peningkatan tertinggi dalam sejarah negara, membabitkan peruntukan lebih RM10 bilion.
"Peningkatan itu akan melebihi 13 peratus... peningkatan terbaik dalam sejarah kerajaan MADANI," kata Anwar dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2024 di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam mesti mencapai melebihi RM2,000 sebulan.
"Ketika ini, keseluruhan pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap adalah RM1,795 sebulan," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenaikan itu dijangka memberi kesan positif kepada sentimen dan keyakinan dalam kalangan kira-kira 1.7 juta penjawat awam.
"Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, beliau juga menggalakkan sektor swasta mengambil langkah yang sama. Jika direalisasikan, ia pasti memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna yang menyumbang 61 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023," katanya.
Mengenai langkah mengimbangi peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk gaji penjawat awam, Mohd Afzanizam berkata, kerajaan konsisten dalam rasionalisasi subsidi terutamanya mengenai bahan api, dijangka dilaksanakan tahun ini.
"Ini akan membolehkan kerajaan memperuntukkan semula sebahagian daripada penjimatan pengurangan subsidi ke arah meningkatkan gaji kakitangan kerajaan yang boleh membantu mempercepatkan produktiviti dan semangat dalam kalangan penjawat awam.
"Cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada 6.0 hingga 8.0 peratus kecuali untuk makanan dan minuman serta berkaitan komunikasi juga akan meningkatkan tabung kerajaan yang boleh membantu mengembangkan ruang dasar untuk kerajaan persekutuan," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, mungkin terdapat tekanan terhadap harga kerana permintaan daripada pengguna akan lebih tinggi.
"Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan salah satu pemangkin utama untuk penggunaan swasta bersama-sama dengan langkah lain seperti program pemindahan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
"Ini telah dicerminkan dalam julat luas dalam unjuran kadar inflasi sekitar 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024 (2023: 2.5 peratus). Julat yang luas itu menunjukkan ketidaktentuan mengenai perubahan dasar yang mungkin memberi kesan kepada harga," katanya.- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Mohd Afzanizam berkata, kenaikan itu dijangka memberi kesan positif kepada sentimen dan keyakinan dalam kalangan kira-kira 1.7 juta penjawat awam. - Gambar fail/Bernama
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Mohamad Sabu wakili Malaysia ke Iran hadiri pengebumian Presiden Raisi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber pada Selasa untuk merakamkan ucapan takziah.
Anwar ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Anwar juga dijadual menyampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut dengan tema 'Asian Leadership in an Uncertain World'.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
PM Anwar sampai Perutusan Negara 9 malam ini
Perdana Menteri dijangka menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.